1 Dinar Kelantan RM332.25

Kita terlambat sikit, kalau tidak Datuk K pun boleh gunakan Emas Dinar Kelantan ini sebagai mas kahwin dengan Siti Nurhaliza, seloroh Exco Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika majlis Pra Pelancaran Dinar Emas Kelantan kepada media, di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga ini, emas dinar yang bakal dilancarkan itu boleh digunakan sebagai simpanan, mas kahwin, zakat dan hadiah.

Ini bukannya wang tetapi sekiranya Kerajaan Persekutuan mahu menjadikannya sebagai mata wang, Kerajaan Kelantan sedia mempeloporinya, katanya.

Husam berkata, Emas Dinar Kelantan dikeluarkan sebagai memberi kefahaman konsep dinar dirham seperti digunakan Nabi Muhammad SAW di zaman kegemilangan Islam di Mekah dan Madinah.

Katanya, ia juga untuk memberi kesedaran dan keyakinan dinar dirham sebagai alternatif kepada sistem mata wang.

Dinar Emas Kelantan ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 20 September ini.

Sebagai permulaan, saiz 1 Dinar akan dijual pada harga RM332.25, setengah dinar (RM176.76) dan suku dinar (RM99.38 ). Tetapi harganya nanti akan tertakluk kepada harga semasa emas, katanya.

Menurutnya, Emas Dinar Kelantan itu direka bentuk oleh profesional yang dilantik berbentuk wang syiling bulat dengan imej budaya Kelantan.

Katanya, pada muka depannya akan tertera tahun dikeluarkan iaitu 1427 Hijrah dan 2006, logo Kelantan, kubah masjid, berat emas dalam gram dan mutu emas.

Lagi muka belakangnya pula, akan tertera tahun dikeluarkannya, perkataan dalam tulisan jawi iaitu Emas Dinar Kelantan serta berat emas dalam gram, katanya.

Menurutnya, emas dinar itu dikeluarkan Permodalan Kelantan Berhad dan sebuah premis khas untuk penjualan dan pembeliannya serta lapan cawangan pusat gadaian Islam, Ar-Rahn.

Saya yakin Emas Dinar Kelantan ini tidak boleh diciplak atau ditiru kerana di pusat belian dan jualannya mempunyai satu alat yang boleh mengesan ketulenannya.

Alat itu mampu mengesan emas dinar asli yang ditempa khas di Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd, Perak, menerusi saiznya dan berat, katanya. – Harian Metro 14 hb sept 2006

******Sebagai permulaan, saiz 1 Dinar akan dijual pada harga RM332.25, setengah dinar (RM176.76) dan suku dinar (RM99.38 )******

Kini , Dinar Kelantan sudah mempunyai edisi terkini / design terkini yang mana harga 1 Dinar Kelantan sekarang berharga RM6XX.00.Harga terkini boleh rujuk diwebsite http://islamicmint.com.my/ .So dalam masa 5 tahun nilainya boleh dianggap sekali ganda.

p/s : Saya mempunyai beberapa keping 1 dinar Kelantan edisi pertama untuk dijual.1 Dinar Kelantan versi 1 sudah jadi barang koleksi.

p/s : Saya juga menyediakan khidmat menjual dinar / goldbar / silver untuk pelaburan masa depan.Jika berminat leh hubungi saya or boleh tengok rupa bentuk product gold yang saya jual disini.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *