7 Perkara Orang Kita FOBIA Suruh Simpan Emas

Semua orang tahu simpan duit kertas di rompak INFLASI dan semua orang tahu simpan emas boleh mengELAK INFLASI.Tapi kenapa masih ramai yang takut-takut menmiliki emas ? Ini mungkin penyebabnya :

inflasi vs emas

1 TAKUT KENA ZAKAT?

Untuk makluman semua, zakat hanya akan dikenakan bila sudah menyamai atau lebih 85 gram. Kalau dah boleh simpan 85 gram tak kan zakat tak mampu? sesungguhnya zakat ini penyuci harta tau.

2. TAKUT RUGI?

Macam mana boleh rugi? Sedangkan emas yang kita beli tu nilainya tidak akan susut malah makin meningkat. Sekitar tahun 90an dulu 1 gram cuma RM28.. Sekarang RM200. Rugi ke tu? Yang rugi kita yang tak mula menyimpan dari dulu. Setuju ke sangat setuju?

3. TAKUT KENA ROMPAK?

Siapa yang akan rompak kita kalau kita pandai jaga barang kita. Tidak menunjuk-nunjuk. Kalau gold bar dan gold coin tu kita simpan elok-elok di rumah in shaa Allah tiada masalah. Kalau ada banyak boleh simpan di bank.Beli kereta ratusan ribu , parking depan rumah tak takut pulak 🙂

4. TAKUT KENA TIPU?

Takut kena tipu dengan siapa? Saya? Jangan risau. Public Gold kalau beli emas, dapat emas dan kita sendiri simpan emas tu.

5. TAK TAHU NAK JUAL BALIK KAT MANA?

Biar saya bagitahu, cara asas nak tukar emas kita kepada duit ada 3 cara :
i) Jual semula pada Public Gold.
ii) Jual semula pada orang lain / kedai emas / dealer emas.
iii) Pajak di tempat pajak gadai.

Mudahkan? Jangan risau.. Selagi namanya emas, di mana-mana pun laku. Di luar negara pun laku.

6. SUSAH NAK DIBAHAGIKAN?

Yang nie kena ikut kebijaksanaan masing-masing. Belum ada pengalaman. Tapi macam mana kita boleh bahagi harta lain seperti rumah, wang dan tanah. Benda sama boleh guna untuk emas rasanya.

7. TAKUT DUIT MAKIN BERKURANG?

Kalau dah membeli, wajib la duit akan kurang. Tak gitu? Tapi kena tengok semua barang apa yang kita beli tu. Kalau yang kita beli tu baju baru, beg baru, kasut baru dll. Cuba bayangkan 10 tahun lagi. Masih ada lagi ke baju, beg dan kasut tu. Kalau masih ada, masih baru kah?

Sebab tu saya cadang beli emas. Emas kalau apapun berlaku tetap emas. Walau patah pecah jadi debu pun tetap emas. Tetap bernilai. Kalau duit? Terkoyak pun ada kedai dah tak terima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *