Antara Dinar Emas dengan Duit Kertas

Salam sahabat emas semua….Bersyukur pada Allah Taala dengan izinNya terbuka hati seorang hambaNya untuk membeli dinar dengan saya.Anda percaya atau pun tidak , pembeli dinar yang saya maksudkan tidak tahu pun apa itu dinar namun bila diberi sedikit penerangan terus membeli dinar.Mengapa beliau terus membeli dinar tersebut ? Jawapan yang diberi kepada saya “Beliau takut menyimpan wang kertas kerana takut habis kerana selagi ada selagi itu cucuk kad ATM”. Bagi saya pula , beliau dapat menyelami akan potensi emas untuk masa depan atau pun beliau seorang yang berpandangan jauh ke depan.Sebagai seorang penjual emas dalam bentuk jongkong dan dinar , saya rasa puas.Puas bukan kerana dinar / jongkong terjual , puas kerana dapat berkongsi ilmu dan menyedarkan beliau tentang potensi emas untuk masa depan.

Baiklah berbalik pada topik kita pada hari ini mengenai antara dinar emas dengan duit kertas.Jika anda melihat gambar dibawah sekali pandang ( pandangan pertama ) . Apakah pilihan anda ? Adakah anda akan memilih dinar ? Adakah anda akan memilih wang kertas ? Jawapan yang tepat seperti dibawah :

dinar-dan-duit

Jika anda memilih wang kertas sebagai pilihan anda , anda akan kerugian.Ini kerana duit/wang tersebut tidak dapat membeli dinar yang terdapat dalam gambar dibawah.Jika anda memilih dinar , anda tergolong dikalangan orang yang untung.Ini kerana dinar tersebut dapat memberi duit sejumlah tersebut malah lebih dari nilai duit tersebut.

So diharap anda semua tidak tertipu dengan duit kertas walaupun setebal 15 inci sekali pun kerana nilainya akan susut.Manakala nilai emas pula akan sentiasa meningkat walaupun sekecil gambar dibawah.Marilah sama-sama kita menyimpan aset kita dalam bentuk emas sebagai jaminan masa depan yang belum tentu kita ketahui.Marilah kita sama-sama mengubah minda kita dari “wang kertas adalah raja” kepada “emas adalah raja”.

2 comments

  1. ayuh semua…mula sekarang untuk membuat simpanan menggunakan emas.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    betul bro…bersyukur pada DIA kerana buka pintu hati ku….sekarang matlamat aku supaya orang membeli dan menyimpan emas…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *