Apa kaitan Emas Public Gold dan Pengiktirafan LBMA?

Apakah itu LBMA ?

Penyimpan Emas seharusnya memgetahui mengenai produk Emas yang mempunyai status antarabangsa seperti LBMA dan kesan kepada dunia Emas.

LBMA adalah ringkasan dari ‘London Bullion Market Association’ merupakan satu badan induk yang berpusat di London yang mana ianya mengawal dan menentukan pasaran Emas dan Perak di seluruh dunia.

Pengawalan oleh badan ini termasuk:

✔ Harga pasaran semasa dunia
✔ Tahap ketulenan
✔ Kualiti mengikut spesifikasi
✔ Standard berkaitan

LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.

Bukan semua Syarikat Pengeluar Emas diakreditasikan / dianugerahkan status LBMA ini.

Bagaimana pula dengan Public Gold ?

dinar lbma

Saya sangat2 ‘BANGGA’ kerana hanya Public Gold satu2nya syarikat Emas Malaysia yang mendapat pengiktirafan LBMA melalui usaha sama atau MoU dengan ahli LBMA yang berpusat di Turkey iaitu Nadir Metal Refinery ( NMR ).

Sebagai penambah pengetahuan … NMR adalah pembekal utama Emas mentah dan Public Gold hanyalah pengeluar / pengedar yang menggunakan platform kilang yang menggunakan jenamanya sendiri tetapi material dan kualiti adalah sepenuhnya mengikut spesifikasi LBMA oleh NMR ini.

Persoalannya …. Kenapa perlunya pengiktirafan LBMA ??

✔ Tidak dikenakan GST sama sekali kerana ianya tidak dibuat di Malaysia dan pada yang sama ia adalah Emas Au 999.9 / Perak Ag 999 yang bertujuan untuk simpanan dan pelaburan

✔ Diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mana urusan penjualan yang tidak merumitkan malah diterima pada harga yang tinggi walaupun di luar negara

✔ Ianya cantik dan Elegan juga sangat mudah untuk diuruskan
Sebaik mana sekalipun produk dengan pengiktirafan LBMA pasti akan adanya kekurangannya seperti:

✔ Seal Pakaging yang bersifat kekal … sekiranya terbuka, susut nilai boleh menjangkau sehingga 15% kerana ianya secara automatic dianggap sebagai used gold.

✔ Emas ini diterima di kebanyakan ArRahnu di Malaysia tetapi mereka mensyaratkan perlu di buka seal terlebih dahulu untuk pengujian Emas … Bagi tujuan pajakan di ArRahnu … saya sangat2 galakkan tuan-tuan berurusan dengan ArRahnu Pos Malaysia bagi sebarang urusan melibatkan produk Public Gold kerana pihak Publicgold dan Pos Malaysia telahpun mempunyai persefahaman dalam perkara ini.

✔ Spread sedikit tinggi tetapi tidak keterlaluan.

✔ Gold Premium juga sedikit tinggi dan tidak membebankan pembeli.

Untuk maklumat lanjut mengenai LBMA … sila layari: http://www.lbma.org.uk/

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *