Diana Danielle Sah Berkhawin Dengan



Diana kini duta kepada produk barang kemas Public Gold Foto The Star Oleh CHAN TAK KONG

BAK kata pepatah, “tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu”, walaupun sering dihimpit kontroversi rezeki aktres jelita Diana Danielle, tidak pernah putus.

Dia juga semakin mendapat perhatian bukan sahaja pilihan pengarah-pengarah filem dan drama malah terpilih menjadi jurucakap kepada produk barangan kemas Public Gold.

Pemilihan Diana sebagai duta produk tersebut dianggap sebagai langkah Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) untuk menarik pembeli dari kalangan remaja yang seusia dengannya.

Manakala bagi Diana, dia berbesar hati dipilih sebagai duta kepada barangan kemas yang beroperasi secara online itu.

“Tiga minggu lepas mereka hubungi saya dan tawarkan untuk menjadi duta kepada Public Gold ini. bagi saya ini peuang yang baik.

“Saya juga seorang yang suka kepada barangan kemas, dari kecil saya sudah terbiasa memakai barangan kemas. Tidak ada masalah bagi saya untuk mengayakan barangan kemas di mana-mana majlis,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Publig Gold, semalam.

Ditanya bagaimana cara untuk mempromosikan barangan ini memandangkan jual beli hanya dilakukan di internet, Diana memberitahu dia akan cuba mengayakan di majlis-majlis keramaian.

“Insya-Allah saya akan mempromosi barangan ini di majlis-majlis yang saya hadiri ataupun mungkin di Facebook melalui gambar-gambar saya,” katanya yang sedang dalam proses membaca dan menghayati skrip filem Hanyut arahan U-Wei.

Menurut Diana lagi, tanggungjawab ini tidak akan menggangu kerjaya dan pembelajarannya. Dia juga mengakui terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin.

“Walaupun kini saya kurang aktif disebabkan pelajar ettapi itu adalah dari bidang lakonan drma dan filem yang mana mengambil masa yang agak lama dan saya terima tawaran ini disebabkan ia tidak menganggu masa sekolah saya,” katanya yang bakal merakamkan single terbarunya berjudul Terburu.

Selain itu juga Syarikat Public Final Gold bakal mengeluarkan beberapa rekaan yang bakal diberi nama ‘Diana Danielle Series’.

Pada majlis tersebut juga, Diana sempat menghiburkan tetamu yang hadir dengan menyanyikan dua buah lagu Dan Sebenarnya dan Leaving On a Jet Plane secara akustik.- mStar Online

So bagi mereka yang ingin memiliki barang kemas yang dipakai oleh Diana Danielle boleh hubungi saya secepat mungkin.Tak jadi macam Diana Danielle pun tak per asalkan boleh pakai barang kemas sama dengan barang kemas Diana Danielle 🙂

p/s : Menarik tak title diatas , mungkin ramai yang akan terkejut bila membaca tajuk diatas 🙂 . Yang sebenarnya Diana Danielle Sah Jadi Duta Public Gold , jangan marah 🙂

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *