Dua perkara pengeluar emas tetapkan harga emas
Harga emas terbahagi kepada dua yakni harga spot emas dan harga kos+keuntungan.Harga yang kita beli adalah campuran harga spot emas + harga premium.Berikut penjelasan detil mengenai harga emas yang kita beli.
HARGA SPOT EMAS.
1) Apakah Harga Spot?
.
2) Harga spot emas merujuk kepada harga satu troy auns (31.10g) emas yang terkandung di dalam jongkong emas 400 troy auns (12.44kg) yang didagangkan di pasaran komoditi pada harga pasaran semasa. (400 troy ounce ni bentuk dan saiznya macam cerita Italian Job tu 😁😁, dan biasanya disimpan oleh bank-bank pusat di seluruh dunia)
.
3) Dalam erti kata lain, harga spot emas ialah 0.25% atau 1/400 dari harga jongkong emas yang didagangkan di pasaran komoditi.
.
4) Untuk harga spot perak pula, ianya merujuk kepada harga satu troy auns perak yang terkandung di dalam 1,000 troy auns (31.10kg) jongkong perak yang didagangkan di pasaran komoditi pada harga pasaran semasa.
.
5) Dalam kata lain, harga spot perak ialah 0.1% atau 1/1000 dari harga jongkong perak yang didagangkan di pasaran komoditi.
.
6) Walau bagaimanapun, harga-harga spot di atas adalah dalam denominasi US Dollar. Ianya akan ditukarkan ke dalam matawang tempatan setiap negara berdasarkan kadar pertukaran mata wang asing berbanding US Dollar. Justeru, nilaian harga spot emas di seluruh dunia adalah hampir sama.
.
7) Maka, adalah KURANG TEPAT jika ada yang menyatakan membeli emas di negara-negara tertentu lebih murah dari membeli di Malaysia. Ianya mungkin lebih murah atau lebih mahal, namun yang membezakannya bukan harga spot emas, tetapi ianya berpunca dari pelbagai sebab lain, contohnya mekanisme cukai setiap negara, kos jualan para peniaga, dan lain-lain.
.
8) Ada banyak lagi maklumat yang kita boleh berkongsi berkenaan harga spot ini, antaranya berkaitan spesifikasi berat yang ditentukan oleh LBMA (London Bullion Market Association), perbezaan antara harga spot emas dan harga pasaran hadapan emas (gold futures market), dan lain-lain, namun untuk pemahaman mudah dan ringkas, saya rasa ini sudah mencukupi.
HARGA PREMIUM EMAS.
1) APAKAH PREMIUM?
.
2) Secara ringkas, premium adalah penambahan (mark-up) dari harga spot yang dimasukkan ke dalam harga emas dan perak.
.
3) Beberapa faktor menyebabkan premium ini wujud. Yang paling ketara adalah kos pembuatan. Pembeli runcit tidak mampu (atau tidak mahu) membeli emas seberat 400 troy auns (12.4kg) atau perak seberat 1,000 troy auns (31.1kg). Biasanya mereka inginkan denominasi yang lebih kecil sesuai dengan kemampuan dan keperluan mereka.
.
4) Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan denominasi emas yang lebih kecil, ianya melibatkan kos pengeluaran seperti kos cetakan, pembungkusan, dan lain-lain.
.
5) Premium bukanlah keuntungan penjual semata-mata. Akan tetapi ianya adalah kos jualan + margin yang ditetapkan oleh penjual.
.
6) Justeru adalah TIDAK tepat untuk menyatakan keuntungan penjual ialah peratusan harga mark-up dari harga spot (premium over spot).
Kredit : Faizal Nubex