Duti ! Duit ! Duit ! Semuanya Tentang Duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..Alhamdulillah dengan izinNya diri ini masih mampu meluahkan apa yang ingin diluahkan.Topik hari ini memang menjadi kegilaan / rebutan sebilangan besar umat manusia di Bumi.Sebut sahaja duit fiat , semua orang berminat , malah orang kurang waras pun masih mampu mengenali duit fiat.Ada orang panggil duit , wang , dollar , ringgit malaysia , pitis , rupiah , bat , peso , dong , riyal dan macam-macam lagi nama yang diberi pada sekeping kertas.

Ada orang kata duit bukan segala-galanya tapi hidup memerlukan duit.Mana tidaknya , zaman sekarang nak “buang” pun memerlukan duit.Kalau dahulu nak “buang” tak memerlukan duit , hanya berlari ditepi semak/sungai/pantai sahaja :).Mengapa zaman sekarang duit fiat menjadi kegilaan ?Adakah duit fiat dahulu berbeza dengan duit fiat sekarang !Duit fiat dahulu dengan duit fiat sekarang memang ada beza.Yang sahih perbezaannya adalah dari segi fizikal manakala yang terselindung dari segi NILAINYA.RM0.50 dahulu dengan RM0.50 sekarang ? Ada yang kata , memang ler RM0.50 besar nilainya pada zaman dahulu kerana duit susah nak dapat/cari manakala RM0.50 kecil nilainya kerana senang nak cari/dapat…..ermmm…..

Mengapa duit mejadi kegilaan orang sekarang ? Alasan yang paling utama adalah , bila ada duit semua boleh buat….saya tangguhkan coretan ini dengan persolan “semua boleh buat dengan duit”…..nantikan sambungan cerita duit ! duit ! duit ! semuanya tentang duit pada episod akan datang…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *