Emas Hanya Untuk Orang Berduit

Salam sahabat emas.Emas hanya untuk orang berduit ? Boleh guna ke “statement” seperti ini ? Jika sekali pandang pada statement ini memang boleh di percayai kerana harga emas yang agak mahal.Saya sering di lontar dengan perkataan “kaya kau beli emas”.Betul ke saya kaya 🙂 . Saya tidaklah sekaya Sultan Brunei , dan tidaklah semiskin apa erk ? . Tapi cukup untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Ramai yang beranggapan , emas hanya untuk mereka yang kaya.Statement ini salah sama sekali.Semua peringkat sepatutnya memiliki emas , bukan orang kaya sahaja.Jika saya tanya sahabat semua , mengapa orang kaya yang suka membeli emas . bukan semua peringkat ? . Jawapan sahabat tentulah tiada duit fiat untuk membeli emas.

Betul ke duit fiat yang menjadi punca utama tidak membeli emas ? Tidak kerana ada jugak segelintir mereka yang berduit , lebih sayangkan duit fiat berbanding emas.Saya pernah baca dalam Facebook ” mengikut kajian pakar orang kita bukan tidak cukup duit fiat , tetapi gagal mengurus duit fiat” . So pokok pangkalnya cara kita mengurus sistem kewangan kita.Marilah kita sama-sama menabung dalam emas fizikal , mungkin mula dengan menyimpan 1 dinar satu bulan.

1 dinar berapa harga ? RM5XX sekarang …Wah mahalnya.Kereta Iswara tu berapa harga ? RM5XXX.00 ….eshhh murah dah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *