Gold Dinar Coin by the Royal Mint of Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya menerima satu panggilan dari seorang penyimpan dinar.Saya dapat merasakan “perasaan hampa yang di alami beliau” . Sehingga terkeluarkan perkataan “emas yang beliau miliki tidak ada nilai ker”.

Beliau memiliki dinar keluaran Royal Mint of Malaysia yakni organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan syiling di Malaysia.Beliau memberitahu saya , organisasi berkenaan tidak mahu membeli balik dinar tersebut.Paling menyedihkan , 4 buah kedai emas di Shah Alam juga tidak mahu membeli dinar tersebut.So apa dah jadi ?

Setelah melakukan sedikit kajian dengan bantuan google , saya memperolehi sedikit maklumat mengenai dinar yang di maksudkan.

Maklumat di Wikipedia , gambar di ambil di Flickr dan website yang sudah tamat tempoh.

Bagi mereka yang mengetahui lebih lanjut mengenai dinar keluaran Royal Mint of Malaysia bolehlah kongsi disini.

p/s : Pada pandangan saya , di lebur dinar tersebut dan jadikan barang kemas dan jual or mungkin boleh menjualnya pada mereka yang berminat.

8 comments

  1. salam,
    saya terpanggil utk beri sedikit input…

    dinar tersebut dikeluarkan oleh royal mint…
    pada peringkat awal adalah dibawah bank negara malaysia…
    kemudian di ambil alih oleh mariwasa sebelum diserahkan kembali kepada BNM atas sebab2 tertentu…

    dinar yg dihasilkan adalah mengikut piawaian yg ditetap…
    sijil pengesahan juga di-laminate kan sekali…

    mengenai kesukaran utk menjual…
    kita perlu faham, jika kita beli emas, walau dalam apa bentuknya…nilai nya tetap emas…
    cuma masalah nya penerimaan pembeli…
    kedai emas tak terima dinar…jadi perlulah diubah bentuk bagi memudahkan proses penerimaan belian tersebut….

    mengenai royal mint yg tidak beli balik, mungkin syarikat itu tak beroperasi lagi. Seperti Mariwasa tiada polisi beli balik. Logam Mulia pun rasanya tiada polisi beli balik.

    Oleh itu, kepada En. Amir, jgn risau jika tidak dapat menjualnya, cuma En. Amir perlu tahu di mana tempat yg sesuai utk menjual emas dan dalam bentuk apa. Nilai emas itu tetap ada dan jika sudah lama memilikinya…insyaalah, keuntungan yg diperolehi…

    Jika tiada sesiapa yg mahu beli, boleh jual pada saya…insyaallah…

    [Reply]

  2. salam..ambo berminat nk bli dinar tu..klu nk jual kt ambo sila hubungi ambo 019-9437111…ambo seorang pengumpul dinar..tq

    [Reply]

  3. Salam…

    Jila masih ada dinar royal mint tersebut,
    bolehlah hubungi saya di 0137138899
    saya merupakan seorang collector dinar…

    [Reply]

  4. Assalamualaikum,
    Ketulenan emas yang digunakan untuk menghasilkan dinar tersebut hanya 91.7%. Dinar lain atau shyling emas lain mengandungi emas dengan ketulenan 99.999% atau 99.9999%.

    [Reply]

  5. saya ada DAK JUAL ROYAL MALAYSIA MINT, KELANTAN LAMA UNLIMINATED, DINAR KULIM, DINAR PUTRA, dinar darul takzim, dinar darul khusus,

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *