Jangan Koyak Duit , Nanti Tak Laku
Assalamualaikum dan salam 6 Syawal buat sahabat sekalian.
Alhamdulillah , hari ini merupakan hari raya ke-6 bagi umat Islam.Bila tiba hari raya , kanak-kanak merupakan golongan paling gembira almaklum ler dapat baju baju baru dan duit raya.
Teringat zaman kanak-kanak dahulu kala , kalau tak dapat duit raya memang tak balik.Kayuh basikal secara berkumpulan dari rumah ke satu rumah mencari duit raya.Matlamat utama bukan nak makan kuih tapi nak duit raya.Kalau dapat 50 sen dah dikira banyak dan bersorak riang.Sekarang 50 sen sudah dilupakan untuk dijadikan duit raya kerana nilainya.Kebanyakkan kanak-kanak sekarang sudah tidak pandang dengan 50 sen sebaliknya RM1 ke atas baru ler bersorak riang.Inilah dinamakan susut nilai matawang fiat yang dicipta oleh manusia.
Pada 1 Syawal yang lepas , ketika ayah saya memberi duit raya pada anakku merangkap cucunya , saya terdengar satu ucapan/dialog/pesan ringkas dari atuk untuk cucunya.
” Jangan Koyak Duit Tu , Nanti Tak Laku ” .
Itulah salah satu kekurang yang ada pada duit kertas , yakni nilainya boleh dimusnah dalam sekelip mata.Cuba anda bahagikan / koyak duit kertas RM1 menjadi dua bahagian.Satu bahagian untuk anak no 1 dan sebahagian lagi untuk anak no 2 . Anak no 1 membawa duit kertas tersebut ke kedai runcit untuk membeli gula-gula , Adakah penjual akan menerima duit tersebut.Jawapannya tidak sama sekali.
Tidak pada emas dan perak , walaupun 1 Dinar Emas dipotong/dibahagi 2 bahagian.Nilainya tidak akan musnah yakni diterima oleh semua orang.
Saya hentikan artikel ini setakat ini sahaja,lain hari kita berjumpa dengan celoteh yang lain.Fungsi sebenar duit kertas untuk digunakan bukan untuk disimpan atau dijadikan aset sebaliknya wang emas dan perak paling sesuai dijadikan simpanan/aset.
p/s : Dah kira duit raya anak-anak ? Kalau dah , tukar RM tersebut kepada Emas dan Perak.
[…] ini points paling penting kenapa convert duit raya anak kepada emas . Ikuti cerita hari raya “Jangan Koyak Nanti Tak Laku […]