Peluang Emas Dilepas Begitu Sahaja
Salam sahabat emas semua….Semalam berlangsungnya seminar pelaburan emas di Paka.Ramai dikalangan kita “fobia” bila mendengar perkataan pelaburan.Mana tidaknya banyak individu / organisasi yang sering mengambil peluang menipu pelabur melalui sistem pelaburan.Pelaburan tidak salah tetapi mereka yang mengurusnya salah.Maksudnya disini , pelaburan emas yang sepatutnya bergerak lurus tetapi diubah bergerak bengkak bengkok demi mencapai tujuan “cepat kaya”.Pepatah melayu “sebabkan nila setitik , rosak susu sebelangga”.
Adakah pelaburan emas perlu di tukar kepada perniagaan emas bagi mengelak “fobia”.Saya sendiri kurang faham dengan istilah pelaburan emas dengan perniagaan emas.So kalau sahabat semua boleh perjelaskan secara detil , dipersilakan.Semalam saya sempat menghadirkan diri seminar pelaburan emas di Paka.Alhamdulillah sambutan agak mengalakkan walaupun tempat yang disediakan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd tidak penuh.
Kadang-kadang saya rasa hairan , kalau konsert hiburan berduyun-duyun pergi walaupun berbayar.Tetapi kalau majlis / seminar ilmiah kurang mendapat sambutan walaupun percuma.Berbalik pada seminar pelaburan emas di Paka.Memang banyak kelebihan jika sahabat semua dapat menghadirkan diri.Banyak ilmu dan selok belok emas yang diterangkan di seminar tersebut.Ilmu yang diterangkan berguna sebagai “mengunci kekayaan sahabat” dan menambah “kekayaan sahabat”.
p/s: Harga emas semakin naik dan akan terus meningkat sehingga suatu saat anda akan terlintas “rugi tidak beli dahulu”.so belilah sekarang.
sy tinggal i Nilai N9 . minat nk tambah ilmu tp nk ttend seminr ada area N9 or KL ?
[Reply]
Tarikh: 18.11.09 Rabu)
Masa: 8pm-10.30pm
Tempat: Bandar Sunway, Public Gold Outlet (PJ)
Insya Allah, saya akan hadir.
[Reply]