Peti Simpanan Bermutu Tinggi Dari Public Save

PUBLIC Safe Management Sdn Bhd (Public Safe), anak syarikat Kumpulan Public Gold, melancarkan pusat sehenti pelanggan untuk membolehkan orang ramai membeli atau menjual emas, tetapi menyimpan emas atau apa juga barangan berharga menerusi perkhidmatan peti simpanan deposit (SDB) yang bermutu tinggi dan selamat.

Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, idea melaksanakan perkhidmatan peti simpanan khas yang menelan belanja lebih RM8 juta itu adalah sebahagian projek jangka panjang Public Gold bagi memberi keselesaan kepada pelanggan.

Menurutnya, dengan adanya peti simpanan emas itu, pelanggan akan berasa lebih selamat dan terjamin untuk menyimpan apa juga barangan berharga kerana Public Safe turut dilindungi insurans minimum RM10,000 hingga maksimum RM100,000 bagi setiap peti.

image

“Kami menyediakan 4,500 peti simpanan khas ini menggunakan produk Chubb Safes yang bermutu tinggi, memenuhi standard antarabangsa serta tidak mudah terbakar, rosak akibat banjir atau dipecahkan selain dilengkapi kawalan keselamatan tinggi dan kawalan 24 jam kamera litar tertutup (CCTV), “ katanya selepas merasmikan perkhidmatan itu di Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Beliau berkata, setiap peti simpanan turut dilengkapi satu kunci khas yang tidak mungkin dapat ditiru dan ia adalah antara yang terbaik di dunia serta didatangkan dengan empat saiz peti berlainan pada kadar sewa antara RM280 hingga RM880 setahun.

Katanya, pihaknya juga merancang membuka dua lagi Public Safe di Ipoh, Perak dan Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh setahun selain turut mengintai pasaran baru di Thailand serta Indonesia tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *