PG Mall Jalin Kerjasama Dengan Pos Malaysia Sebagai Rakan Logistik
KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd memperluas kehadiran dalam sektor e-dagang dengan menandatangani kerjasama logistik eksklusif antara cabang kuriernya, Pos Laju dan pengendali platform beli-belah dalam talian, PG Mall Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, kerjasama itu dijangka meraih pendapatan RM500,000 dalam tahun pertama operasi dengan purata 300 penyerahan barang dalam sehari.
“Kerjasama strategik ini adalah bahagian penting strategi sedia ada kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan logistik e-dagang eksklusif bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi juga di peringkat global,” katanya kepada pemberita selepas pemeteraian kerjasama itu bagi pihak Pos Laju di sini, hari ini.
PG Mall menyediakan kemudahan pemasaran online untuk semua peniaga-peniaga di Malaysia memasarkan barang-barang dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia.
Jika anda seorang peniaga, anda dijemput untuk membuka akaun di PG Mall.
Klik disini > https://pgmall.my/merchant-registration…
Ianya percuma.
Poslaju akan datang collect semua barang-barang anda di tempat anda dan mereka akan tolong poskan bagi anda.
Rate yang ditawarkan pula sangat kompetitif.
Jika ada soalan pasal PG Mall, anda boleh whatsapp saya di 010-7890916.
Kami akan bantu anda meluaskan empayar business anda ke seluruh dunia!
PG Mall diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Wira Louis Ng.
Mohd Shukrie berkata, kerjasama itu akan membolehkan Pos Laju memberi perkhidmatan kepada lebih 5,300 peniaga aktif PG Mall.
“Selain perkhidmatan penghantaran, Pos Laju bersedia menawarkan perkhidmatan berkaitan e-dagang lain seperti tunai ketika penyerahan, kad kredit ketika penyerahan, pengendalian khas barang besar serta perkhidmatan e-pemenuhan,” katanya.
Ketika ini, perkhidmatan berkaitan e-dagang menyumbang kira-kira 40 peratus kepada pendapatan Pos Malaysia manakala untuk Pos Laju, ia menyumbang kira-kira 80 peratus.
Sementara itu mengenai Bajet 2018, Mohd Shukrie menjangka kerajaan akan mengumumkan lebih banyak insentif untuk e-dagang di bawah Zon Perdagangan Bebas Digital. – BERNAMA
Introducer PGCode : PG000428