Rugi RM96,250 Beli Emas Palsu

Salam sahabat emas….beginilah nasib orang kita disebabkan sikap ingin cepat kaya/cepat untung.Diharap sahabat semua tidak mudah mempercayai seseorang tanpa usul periksa terlebih dahulu.Jadikan kisah ini iktibar bagi kita semua.

KUALA LUMPUR: Mahu keuntungan puluhan ribu sekelip mata, seorang lelaki sanggup mengeluarkan wang simpanannya lebih RM90,000 semata-mata untuk membeli seketul emas ketul seberat satu kilogram sebelum mendapati emas berkenaan palsu.

Difahamkan, lelaki berusia 40-an yang juga peniaga itu ditawarkan emas ketul oleh seorang lelaki dipercayai warga asing dengan harga AS$28,000 (RM96,250) sebelum dia yang terpedaya membeli emas berkenan.

Menurut sumber, lelaki warga asing terbabit dikesan menawarkan emas ketul seberat sekilogram yang didakwa tulen kepada mangsa, pada Khamis lalu.

“Suspek menawarkan emas ketul berkenaan dengan harga jauh lebih murah kepada lelaki terbabit.

“Mangsa yang terpengaruh tawaran itu bersetuju membeli emas ketul seberat satu kilogram dengan harga AS$28,000,” katanya di sini, semalam.

Suspek meminta mangsa bertemunya di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar untuk berbincang lanjut mengenai hal berkenaan.

Sumber berkata, selepas perbincangan, mangsa bersetuju sebelum menyerahkan wang kepada suspek.

“Mangsa kemudian ke kedai emas di Ampang, dekat sini, untuk melebur emas berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu ketika melebur emas itu apabila dimaklumkan pekerja kedai emas berkenaan bahawa emas itu emas celup.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya. – Hmetro

6 comments

  1. aslmkum …macam mana nak yakinkan clients utk beli emas public gold…akak punya family pun was2..dia orang takut emas tipu..nak ajak member2 lagi susah..dia orang lebih yakin beli kat habib@poh kong walaupun hrg mahal…nak buktikan macam mana bahawa emas pg ni betul2 tulin..kalau kasi potong@bakar blh tak?…tlg bagi tip ckit kat akak ni…

    [Reply]

    emas kini Reply:

    tips paling mudah…bawa emas pg ke kedai emas untuk pengesahan

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *