Seminar Krisis Kewangan Dan Peranan Emas

Salam buat sahabat emas semua…Tiga hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2009.Semoga kehadiran tahun baru iaitu 2010 bakal mengubah minda orang kita “celik emas”.Alhamdulillah semakin hari semakin banyak blog bercerita tentang emas , seminar tentang emas dan orang emas :).Percayalah bila anda mengenali dunia emas , anda akan merasa satu kelainan , kelainannya tidak dapat ku luahkan.Seperti kata seorang penagih bila ditanya oleh polis ” apa rasa dadah ? ” , tiada jawapan diberinya melainkan penagih tersebut memberi perumpamaan seperti kita dalam keadaan panas dan berpeluh , tiba-tiba angin yang menghempus ” fuh bestkan…Iklan Masyarakt : Jangan sesekali mencuba kerana akibatnya amatlah dasyat.JANGAN CUBA DADAH.

Berbalik kepada topik asal kita pada kali ini mengenai satu seminar krisis kewangan dan peranan emas anjuran Public Fine Gold pada 16 Januari 2010.Seminar ini bertempat di Dewan Melawati , Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Panel penceramah untuk seminar kali ini terdiri daripada :

YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

Prof Dr Ahameed Kameel Mydin Myra
Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 dan Emas

Louis Ng.
Pengerusi Eksekutif,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

Nik Mahani Mohamed
Pengarah Eksekutif, Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com – Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

2 comments

  1. seronok baca tentang pengaruh emas pada individu…mmg betul apa yang en sabri cakap. emas ni mempunyai aura yang tak boleh dijelaskan, pada malam pertama saya dapat emas PG tu, saya baring,tangan sebelah kiri silang di dahi, tanagan kana pegang emas sambil belek2 emas tu…memang seronok pegang emas fizikal nih

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *