Simpan Emas 1 Gram Setiap Bulan Dengan GAP Public Gold
Ramai orang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi jer. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM150 – RM200 jer sebulan.
Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah kat mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.
Program GAP Seperti “Akaun Emas Fizikal”
GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita boleh keluarkan semua emas tu. Tak perlu tinggalkan baki minimum dalam akaun sebagaimana KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.
Kemudahan GAP Public Gold
- Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
- Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
- Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tiada yuran simpanan dikenakan.
- Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
- Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
- Tiada syarat wajib tinggalkan baki minimum. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa.
Uruniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online. - Setiap pengeluaran emas fizikal di cawangan luar Penang akan dikenakan caj “transportation cost” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, tak ada transportion cost dikenakan.
Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?
Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:
- Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
- Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
- Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
- Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.
Cara Membeli Emas Dengan GAP
Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:
Langkah #1 : Bank-in Duit Ke Akaun Public Gold
Bank-in duit ke 5071-3410-4563 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.
Berapa banyak kena bank-in?
Sebelum bank in, semak dulu harga per gram di website Public Gold. Harga GAP disemak sehari sekali. Harga akan berubah selepas jam 12.00 malam. Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!
Lepas bayar, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my . Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada bizmalaya@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.
Dalam email tu, letakkan maklumat anda supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Contoh emailkan maklumat di bawah bersama dengan slip bayaran:
Sabri Ahmad (nama penuh)
800328-11-2020 (no. ic)
010-789-916 (no. telefon)
bizmalaya@gmail.com (email)
GAP 1 gram (item pembelian)
Introducer : Sabri Ahmad / PG000428 ( maklumat introducer )
Langkah #2 : Sms atau Whatsapp Maklumat Ke 017-4866 916
Lepas tu, hantarkan maklumat melalui sms atau whatsapp ke 017-486 6916 (simpan no. telefon ni) untuk Public Gold keluarkan GAP Statement. Ikut format yang saya tunjuk ni.
Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG000428, Sabri Ahmad.
Langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran
Dalam masa sehari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.
Mudahkan mempunyai simpanan emas setiap bulan.Sebarang masalah boleh komen dibawah atau hubungi saya.
Sabri Ahmad
PG000428
Master Dealer Public Gold
010-7890916 ( Call/SMS/WhatsApp )
Kredit : http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html