Simpan Emas Untuk Tunaikan Haji di Mekah

Salam sahabat emas…Beberapa hari yang lepas , seorang pembeli emas dari Kemaman , Terengganu menyatakan beliau ingin mencadangkan kepada ibubapa beliau supaya membeli emas sebagai simpanan untuk menunaikan haji di Mekah.Bila difikir , dikaji dan direnung memang betul dan bijak tindakan beliau.Walaupun beliau masih muda , namun pemikiran jauh ke depan.

Andai kata anda mempunyai duit kertas dengan nilai RM20,000.00 dalam simpanan.Adakah nilai RM20,000.00 akan bertukar menjadi RM40,000.00 , tentu tidak kan.Tapi kalau anda mempunyai emas fizikal dengan nilai RM20,000.00.Adakah nilai emas fizikal yang anda miliki akan menjadi RM40,000 , jawapannya YA kerana purata kenaikkan emas dalam masa setahun adalah 27%.

So jika anda simpan emas fizikal dengan nilai tahun ini . anda tidak perlu bimbang walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat kerana kenaikkan harga emas yang anda miliki boleh mengatasi kenaikkan harga kos menunaikan haji di Mekah.

Jika anda mempunyai sebarang bantahan dan cadangan dipersilakan.Kerana saya insan yang lemah.Ilmu milikNya , saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu.Keputusan di tangan anda !!!!!!!!!!!!!!!!

6 comments

  1. Saya setuju.. Sekarang kalau daftar haji kena tunggu 10 tahun… Jadi simpanan haji saya dan isteri separuh Tabung Haji separuh dinar emas.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    bijak-bijak :)..kos tunaikan haji sekarang berapa rm erk ?

    [Reply]

  2. Dari mana saudara dpt harga emas naik 27% setahun?

    [Reply]

    emas kini Reply:

    boleh lihat di http://www.kitco.com

    [Reply]

    MySuperKids Reply:

    based on chart tu (in USD), harga emas in 1999 ~USD300 dan naik ke ~USD1,200 dalam tahun 2009. kalau ikut formula compounded interest utk dptkn purata kenaikan emas, cuma 15% setahun untuk 10 tahun yang lepas.

    dan, itu kalau RM-USD tak berubah. memandangkan akhir2 ni RM naik drpd USD, peratusan tu lebih rendah lagi (tak jumpa history gold price in RM).

    tolong tunjuk ajar, sifu.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *