Terima Dividen Emas 0.1aun Setiap Bulan !

Assalamualaikum dam salam sejahtera.Walaupun secara terbuka saya menyatakan pelaburan emas VGMC adalah SCAM , masih ada yang mempelawa saya untuk menyertainya.Mungkin pengiklan tersebut tidak tahu or buat-buat tahu yang mana dalam fikirannya saya akan termakan dengan iklan yang power.Berikut adalah ayat iklan power pelaburan emas VGMC :

Dengan bermodalkan USD 1050 ( 1 share ) = Rm3600 (3.4 harga belian)
JUN 2011 naik kepada USD 1100 (1 share)

kelebihan yang u akan dapat ialah :

Kelebihan Pertama : Dividen bulanan ( 0.1 aun emas) dari syarikat VGMC
Nilainya mengikut harga pasaran emas semasa
Contoh u join pada 1 April 2011,ukan terima 0.1aun pada 1 Mei 2011.
Nilai Ringgit pula dikira mengikut harga emas pasaran.Jika harga emas pasaran Usd1400 se aun pada 1 Mei,u akan terima 140 X (3.1 harga jualan) = RM434 (lebih kurang 14% dari modal)

Kelebihan Kedua : U akan diberi USD 1050 untuk akaun trading.Sangat mudah..U boleh trade emas pasaran tanpa takut harga emas jatuh.Kalau harga emas jatuh pun u tak akan rugi.

Contoh Pertama :U beli masuk market pada harga emas usd 1400.Harga emas keesokkannya naik kepada usd1420.Keuntungan u adalah usd 20..

Contoh kedua :U beli masuk market pada harga emas usd 1400.Harga emas keesokkannya turun kepada usd1380.Kerugian u adalah usd -20..
*Untuk tidak berasa rugi,u perlu tunggu sehingga harga emas naik semula.Setiap bulan harga emas naik,kalau turun usd5,tapi naik lebih usd20…
Sebulan trade dapat usd100(RM310) pun dah ok sangat.

Ni keuntungan yg boleh dapat setiap bulan
1.Dividen RM400 lebih +
2.Trading RM100-RM300 (ikut harga emas pasaran)
Paling minima saya dapat RM500-700 sebulan untuk 1 share.Ok sangat kan…

Kelebihan Ketiga :Apabila VGMC telah masuk pasaran IPO (Bursa Saham).Dijangkakan pada 2015,harga 1 share akan melonjak kepada USD 15000 (10 kali ganda harga sekarang)
Kalau 1 share RM3600,pada 2015 jual balik RM45 000 ok tak?
Kalau 10 share RM36 000,pada 2015 jual balik RM450 000 lagi la best kan???

Setkan gold mind u,2015 u akan ada rumah + kereta tanpa berhutang.Insyaallah.

Inilah salah 1 sebab saya memilih VGMC kerana perancangan masa depan untuk masa depan pemegang sharenya terjamin.Melihat pada keupayaan syarikat,saya yakin yg syarikat berkemampuan kerana menjana keuntungan lebih 3000% sebulan dari penjualan emas fizikal ke seluruh dunia..Apalah sangat 14% jika dibandingkan dgn keuntungan syarikat…

Tidak ada jalan mudah untuk kaya wahai sehabatku sekalian , biarlah lambat kaya / tak kaya asalkan “nikmati hidup didunia & akhirat dengan penuh “gembira” ” .

5 comments

  1. salam….biasala program program begini….

    biasanya duit akan jadi kekaburan utk lihat dgn jelas keadaan jalan yg kita pilih….ibarat kabus mengaburi jalan waktu pagi….

    bila dah tersadung lubang kat jalan yg dipilih tu baru nampak sebenarnya….klu kita dah pilih jalan yg kita yakin benar…tetapkan sahaja pilihan kita..walau seribu peluang datang.

    [Reply]

  2. assalamualaikum wbt..

    emmm..saya bersetuju dengan pendapat tuan nizam. duit tue hanya kesenangan sementara. yang penting niat kita dan jalan yang kita pilih.

    i’allah peluang yang baik kita jangan sia-siakan.

    [Reply]

  3. saya dah join vgmc…syukur banyakk manfaat yg saya dapat…emas fizikal PG pun saya ada..saham bulanan vgmc pun ada..makin power khidupan saya..PG utk simpanan emas fizikal..vgmc buat bayar utang pajakan n sbagainya..bestnyerrr

    [Reply]

  4. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah di temukan dgn investment yg rasanya tidak keterlaluan utk saya katakan yg terbaik di abad ini kerana performance company yg sentiasa mantap, payment yg cantik setiap bulan almost 2 years dan sentiasa menambahbaikkan sistem dan gold spot trading online dgn memberikan khidmat terbaik kpd shareholder di seluruh dunia dan sy sungguh berpuas hati.

    saya di sini sekadar ingin kongsikan pengalaman dan kejayaan saya bersama vgmc. cerita saya bermula dgn gold sbgi priority dealer PG iaitu dlm awal bulan 10 2010 dgn membuat pinjaman peribadi rm60K. Oleh kerana waktu itu saya sgt tertarik dgn rega emas yg meningkat almost up 25% setahun membuat saya terlalu ghairah ingin membeli emas tanpa saya sedari setiap hari saya telah locked emas dgn PG melebihi duit yg saya ada. Akhir nya saya terjebak dgn pajakan ar-rahnu agrobank. Sampai satu masa nilai pinjaman pajakkan saya sudah mencecah lebih rm50k. manakala emas di public gold masih bnyk yg sangkut tak mampu utk saya byr lgi.

    akhirnya saya terpaksa let go emas yg saya ada dgn rega yg murah kerana kekurangn modal dan hutang pajakan yg semakin bnyk mencecah lebih rm50k. saya sendiri buntu bgimana mahu mencari jalan keluar. bgi mereka yg ingin membantu hanya ingin membeli dgn rega yg murah. terus terang saya katakan saya semasa saya jadi dealer kehidupan saya sgt tertekan dgn byran pinjaman hutang setiap bulan, customer yg ingin rega yg murah dan risko yg terpaksa yg ambil utk menghantar emas kepada customer dan persaingan rega antara dealer sungguh memeritkan kerana modal saya kecil.

    namun tanpa saya berputus asa berdoa akhirnya Allah temukan saya jalan dgn vgmc. walaupun pada mulanya saya berat hati utk bermula dan agak lambat kerana bnyk berfikir ttpi mungkin kerana keadaan yg tertekan membuat saya mengambil risiko utk mengubah kehidupan saya.

    Alhamdulillah saya bermula pada akhir bulan 5/2011 dan sekrng telah memperoleh modal serta mendpt profit lebih 16% dlm tempoh 5 bulan. saya juga sgt bersyukur mampu menebus segala emas yg saya pajak di ar-rahnu anggaran 400g emas. cuma sedikit sedih dan terkilan kerana terpaksa menjual lebih 500g emas yg pernah saya beli semasa murah.

    Skrg saya gunakan duit dividen vgmc saya utk membeli emas fizikal setiap bulan dan berazam utk menyimpan lebih 1 kg emas.

    harapan saya jgn lah kita merasa dengki sesama kita. sepatutnya kita harus saling membantu dan tumpang gembira atas kejayaan shbt kita dlm vgmc. setiap pelaburan mmg ada risiko. yg penting melaburlah dgn bijak. dan jgn menyalahkan org lain. jika anda ada keberanian laburkan hanya 20% hingga 50% drpd simpanan anda dlm high risk. jika berjaya insya’allah pasti akan membantu dlm khidupan anda dan sekiranya sebalik tidak pula membuat anda muflis. apapun jalan terbaik adlah setiasa berdoa dan bertawakal kpd Allah.

    saya juga ingin mengingtkan diri saya dan pelabur2 vgmc tidak terlalu promote pada org awam kerana kita hrus menghormati undang2 negara kita. cerita kpd mereka yg berminat dan sanggup mengambil risiko shj. vgmc hanyalah satu cabang investment dan terpulang pada anda ingin mencuba atau tidak.

    saya cuma berharap dan berdoa vgmc dpt membuka mata ramai org dgn membuktikan bhwa ia mampu berjaya seperti yg ia telah rancangkan dan mencipta kejayaan dlm pelaburan internet supaya hilang pandngn negatif dlm pelaburan internet online… insya’allah.

    [Reply]

  5. Setuju dengan Tokey Dinar. Seorang kawan saya pun ada yg masuk VGMC ni. Tapi yg ni sememangnya bukan scam. Saya tak setuju dgn sesetengah orang mengatakan program itu scam, ini scam. Jika kita tiada bukti nak kata program tu bohong, lebih baik kita tutup mulut sahaja.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *