Panduan Pengiraan Zakat Emas
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Rujukan : zakat.com.my
mcmn nk tau nilai emas yang disimpan tu bdasarkn nilai masa dibeli atau nilai slps cukup hual?
[Reply]
putremas Reply:
December 3rd, 2009 at 3:58 pm
Kalau simpan emas sama atau melebihi 85gm dalam tempoh satu tahun masihi atau hijri, kena zakat 2.5%. Kadar yang dikenakan ikut harga semasa emas ketika membayar zakat.
[Reply]
so, katakan harga jual XXX, harga beli XXX dan harga emas dunia XXX, harga public gold XXX, so harga semasa yg mn sy perlu ikut?
[Reply]
putremas Reply:
December 4th, 2009 at 11:20 pm
utk mudah, kita ambil harga emas mentah. harga xxx tu dah termasuk upah dan kos pembuatan. boleh rujuk dlm surat khabar di bahagian saham atau tgk berita. Selalunya tv3 akan keluar mcm iklan kt bwh masa berita 1.30, berita bisnes jam 5.30 ptg dan buletin utama 8.30.
[Reply]
zakat emas ni just bayar sekali or kene tiap2 tahun?
contoh ada 100g n nak simpan 10 tahun.so bayar hanya untuk tahun pertama sahaja atau kene bayar tiap2 tahun?
[Reply]
tiap-tiap tahun kena bayar
[Reply]
Nak kira zakat ikut tahun hijrah ke tahun masehi ye
[Reply]
seelok-eloknya ikut tahun Hijrah
Tahun Hijrah 354 hari – Kadar wajib 2.5%
Tahun Masihi 365 hari – Kadar wajib 2.577%
[Reply]
Salam, sekiranya saya pernah gadaikan jongkong emas itu sekali dalam masa setahun adakah ia dikira sebagai digunakan?
[Reply]
saya dah buat public gold di tempat saya,dan lepas buat baru saya jumpa website encik,rasa rugi sebab kalau tau saye buat dengan encik je,..tapi saye nak tanyer,saye beli emas sbnyk 25gram,dan dpt buku..tapi emasnya memang xdapat or ambil mase untuk mmilikinya ?
[Reply]
emas dalam pajakan kena zakat tak
[Reply]
emas dlm pajakan kena zakat tak ?
[Reply]
Sabri Reply:
November 20th, 2011 at 4:56 pm
x kena
[Reply]