Adakah Ini Petanda Harga Emas Melompat
China dan Rusia setuju tidak guna dolar AS
ST. PETERSBURG – China dan Rusia mengumumkan tidak akan menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dalam perjanjian perdagangan bilateral terbaru melibatkan kedua-dua buah negara, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedua-dua negara itu akan menggunakan mata wang masing-masing bagi menggantikan dolar AS.
Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan rakan sejawatannya Vladimir Putin.
Ia dilihat sebagai bukti hubungan antara kedua-dua buah negara yang semakin kukuh dan bertujuan untuk melindungi ekonomi domestik.
“Selama ini kami menggunakan mata wang asing iaitu dolar AS. Sebagai langkah pertama, perdagangan menggunakan Rubel Rusia sudah bermula di China. Pada Disember nanti, yuan pula akan digunakan di Moscow,” jelas Putin.
Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar dokumen semasa mesyuarat yang berlangsung di St. Petersburg.
China mewakili 8.3 peratus perdangangan keseluruhan Rusia.
– Agensi
Berdasarkan info diatas , adakah harga emas akan melonjak naik? Tunggu dan lihat jer bulan Disember nanti.