Pengorbanan di Sebalik Usahawan Emas Bersama Sabri Ahmad

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat sahabatku yang dikenali atau pun tidak.Alhmadulillah sudah setahun lebih saya menceburkan diri dalam pelaburan emas / perniagaan emas . Dalam setahun lebih jugak saya mengenali apa itu emas . Saya tidak nafikan dunia pelaburan / perniagaan memang seronok walaupun bermacam-macam dugaan yang wajib ditempuhi.Tidak ada satu perniagaan / pelaburan di dunia ini tidak memerlukan dugaan.Menuju ke dunia kekal sekali pun kita perlu mengharungi dugaan.

Baiklah , coretan ini sekadar kenangan buat saya dan rakan-rakan sekalian seangkatan dengan saya.Ramai yang mengenali saya / tidak mengenali saya mengatakan best jadi tokey emas.Untuk makluman semua , saya bukanlah seorang tokey emas yang “berketurunan emas”.So pulangan / pendapatan emas yang saya perolehi bergantung pada modal , kenaikan harga emas dan sejauh mana usaha kita.

Untuk bergelar seorang usahawan , kita perlukan pengorbanan.Tanpa pengorbanan , perniagaan yang kita ceburi tidak ke mana.Kita selalu cemburu melihat kejayaan orang lain tetapi kita tidak cemburu dengan pengorbanan yang mereka lakukan.Begitulah juga dengan saya , sebelum berada ditahap sekarang , banyak pengorbanan yang saya lakukan :

1 – Pengorbanan Wang Ringgit = Alhamdulillah pengorbanan duit yang saya lakukan untuk membeli emas membuahkan hasil.Walaupun tidak banyak tapi berbaloi dengan usaha yang dilakukan selama ini.Sebelum berada ditahap sekarang , saya korbankan puluhan ribu untuk membeli emas walaupun kata ketika itu masih ragu-ragu dengan Public Gold tapi tidak ragu-ragu pada emas.

2 – Pengorbanan Masa = Orang makan gaji mengatakan bekerja sendiri best kerana banyak masa dan boleh cuti mengikut kehendak hati.Bagi saya berkerja sendiri tidak pernah ada cuti kerana tiada istilah duduk diam dapat duit.Banyak masa peribadi yang perlu dikorbankan demi memajukan perniagaan.

3 – Pengorbanan Emosi = Selama saya bergelar seorang peniaga emas , saya wajib mengawal emosi.Emosi yang saya maksudkan adalah “hati mesti kuat” mengawal perasaan marah , tekanan , sindiran dan sebagainya.Salah satu punca kita gagal dalam perniagaan adalah terlalu mengikut apa orang katakan.

4 – Pengorbanan Impian = Impian peribadi perlu dikorbankan demi memajukan perniagaan . Perniagaan memerlukan rangkaian / networking.Tanpa rangkaian / networking , perniagaan kita susah untuk naik / berjaya.So jika anda seorang yang suka berkerja sendirian , wajib korbankan impaian tersebut untuk sama-sama berkerja dengan orang sekeliling.

5 – Pengorbanan Kasih Sayang = Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringit.Tetapi saya mengorbankan kasih sayang terhadap isteri , anak-anak dan ibubapa demi memajukan perniagaan.Dikala orang lain bergermbira dihujung minggu bersama keluarga , saya “bergembira” dengan perniagaan yang ingin dimajukan.Tidak kira siang atau malam , pagi atau petang.

6 – Pengorbanan Kepercayaan = Dalam sesetengah keadaan , pengorbanan kepercayaan dipertaruhkan.Isteri pertaruhkan kepercayaan pada saya kerana selalu keluar rumah tidak tentu masa.Paling mendebarkan terpaksa pertaruhkan kepercayaan pada orang lain demi memajukan perniagaan.Tidak hairan ada yang tertipu disebabkan perniagaan.Situasi “kena tipu” , berlaku dalam perniagaan saya sehingga kerugian ratusan ribu.

Itulah serba sedikit kesimpulan pengorbanan yang dapat saya simpulkan.Banyak lagi pengorbanan yang saya lakukan untuk berada ditahap sekarang.Janganlah kita “cemburu buruk” dengan kejayaan orang lain tetapi kita wajib “cemburu baik” dengan kejayaan mereka.Cubalah tanya pengalaman dan pengorbanan sahabat seperjuangan sebelum mereka berada ditahap sekarang seperti saudara Syukor , Pokli , Zarul , Mohd Hasfarizan , Cikgu Azrul , Ahmad Azman , Wazir , Amir , Asmawie , Ahmad Fithrie dan ramai lagi.

p/s : Saya tidak mampu untuk menyenaraikan semua sahabat seperjuangan.Jika sahabat membaca artikel ini , di persilakan untuk memberi sepatah dua kata diruangan komen sambil meninggalkan alamat lamanweb / blog jika ada sebagai rujukan saya.

p/s/s : Saya memohon kemaafaan , jika selama ini layanan @ respond saya kurang memuaskan pada sahabat semua.Saya akan cuba memberi respond terbaik dan secepat mungkin , almaklumlah saya seorang insan yang lemah.

5 comments

  1. Saya kagum dgn semangat dan pengorbanan sabri, dan apa yang diperkatakan betul kejayaan bukan dapat dengan mudah.Saya pun tidak mampu membuat pengorbanan seperti yang saudara pertaruhkan. semoga terus maju dan berjaya.

    [Reply]

  2. Alhamdulillah,
    Saya tertarik membaca artikel ini.Semuga berjaya insyaallah. Harapan saya bermuamalat tu eloknya secara islam.kalau ada unsur riba elok di jauhi. Saya berminat untuk mengentahui lebih lanjut. Tk

    [Reply]

    Sabri Reply:

    TQ tuan Zainal , kalau tuan nak detil boleh call/sms saya.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *