Bagaimana Simpanan Emas Dapat Membantu Pengurusan Kewangan

Selain harga rumah yang semakin meningkat, harga emas juga mengalami perkara yang sama untuk satu tempoh yang panjang. Oleh sebab itu, simpanan emas ini menjadi pilihan kebanyakan pelabur untuk dijadikan sebahagian dari aset dalam portfolio mereka.

Jika anda mahu mendapat keuntungan melalui emas dalam jangka masa pendek, anda perlu menjadi lebih aktif kerana harganya yang sentiasa berubah. Berikut adalah beberapa kepentingan simpanan emas yang dapat membantu pengurusan kewangan anda.

Modal Rendah, Kurang Beban

Anda boleh mula menyimpan emas dengan modal yang sangat rendah iaitu emas 1 gram dengan anggaran harga RM150 hingga RM190 bergantung kepada harga semasa. Setiap orang boleh mula menyimpan walaupun masih lagi di peringkat universiti.

Simpanan emas antara simpanan yang sesuai untuk golongan pelajar universiti dengan hanya menyimpan 1 gram setiap bulan. Simpanan ini akan meningkat nilainya apabila anda sudah tamat belajar iaitu antara 2 hingga  tahun.

Bagi golongan yang sudah bekerja, asing 5% hingga 10% gaji anda untuk menukar mata wang ringgit anda kepada emas fizikal.

Dana Kecemasan Tanpa Menjual

Simpanan emas ini juga boleh dijadikan sebagai satu dana kecemasan apabila anda memerlukan tunai. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu menjual semua simpanan emas tersebut kerana anda hanya perlu pajak emas tersebut di kedai pajak gadai emas.

Melalui cara ini, anda tidak akan kehilangan aset bernilai anda. Cara ini juga sering digunakan bagi golongan yang berniaga dan emas tersebut dijadikan sebagai modal awal atau modal tambahan dalam perniagaan mereka.

Ini bermakna, mereka tidak lagi memerlukan pinjaman wang tunai seperti pinjaman peribadi dan kad kredit.

Simpanan Paksa

Apabila anda sudah beli emas fizikal tersebut, agak sukar untuk menjual semula kerana masih ada perasaan ‘sayang’ terhadap emas tersebut. Bentuknya yang cantik serta unik menjadikan emas tersebut lebih bernilai di mata anda.

Apabila ada memiliki wang tunai, perbelanjaan menjadi lebih tinggi disebabkan oleh mudah untuk digunakan untuk urusan jual beli. Tidak ramai yang mampu untuk menahan nafsu untuk berbelanja apabila memiliki wang tunai ditangan.

Oleh sebab itu, apabila wang tunai tersebut ditukar ke bentuk emas fizikal, perbelanjaan mengikut ‘nafsu’ anda lebih terkawal.

Harga Yang Meningkat

Berdasarkan rekod beberapa tahun sebelum ini, harga emas akan sentiasa naik dan turun. Namun, untuk tempoh jangka panjang, harga emas adalah dalam keadaan menaik. Kenaikan harga emas ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada penyimpannya tetapi juga sebagai satu alat untuk melawan kenaikan kadar inflasi.

Nilai mata wang yang semakin susut menyebabkan kuasa membeli semakin berkurang. Contohnya, RM50 pada 10 tahun lepas boleh ditukar kepada banyak barang keperluan seharian. Namun, pada hari, nilai RM50 hanya sedikit sahaja barang keperluan yang boleh ditukar.

Oleh sebab itu, simpanan emas ini dapat mengekalkan kuasa membeli anda disebabkan oleh nilainya yang tidak berkurang.

Aset Persaraan

Akhir sekali, simpanan emas ini boleh dijadikan sebagai satu aset persaraan untuk anda pada masa akan datang. Lebih menarik lagi, emas fizikal ini juga dengan mudah boleh dipindah milik kepada anak-anak anda.

Kredit : Duitkertas.com

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *