Beli Emas Bukan Untuk Di Gadai

Salam sahabat emas…rentetan isu Bank Rakyat tidak lagi menerima goldbar dan dinar , saya ingin memberi sedikit pendapat pada semua pemilik goldbar dan dinar.

Apakah tujuan kita membeli emas ?

  1. Sebagai barang perhiasan ( barang kemas ).
  2. Sebagai simpanan / kunci kekayaan.
  3. Sebagai perniagaan / pelaburan / mendapatkan duit fiat .

Disini saya ingin menyentuh mengenai tujuan no 3 iaitu sebagai perniagaan / pelaburan.Pada pendapat saya , tujuan no 3 menjadi salah satu penyebab mengapa bank rakyat tidak lagi menerima goldbar / dinar.Mana tidaknya , anda pergi gadai emas dan pihak bank memberi anda duit fiat.Emas tersebut disimpan oleh bank dan emas tersebut tidak mendatangkan pendapatan pada bank (pendapatan bank hanya melalui kos upah yang dikenakan sahaja).Sedangkan bank memerlukan duit fiat bagi menambah keuntungan atau menjalankan sebarang urusniaga.

Alhamdulillah boleh dikatakan semua pelanggan saya membeli goldbar dan dinar sebagai simpanan.Saya sendiri pun selalu berpesan , supaya tidak menggunakan sistem pajak gadai sebagai tempat memperolehi duit fiat melainkan tiada jalan lain untuk mendapatkan duit fiat.

Memang tidak dinafikan kaedah pajak gadai dapat menggandakan emas / duit fiat namun saudara harus bijak mengurus duit fiat tersebut , jika salah langkah anda akan kerugian.

15 comments

  1. tuan.
    kalau kita x gadaikan emas tsbt, so camna kita nk dptkan untung dr pelaburan tersebut? dg sapa kita boleh jual emas tsbt? nk jual dg kdai emas, dh tentu kena discount?

    [Reply]

    putremas Reply:

    sy ingin betulkn sedikit salah faham. kita pajak bukan utk dpt untung tp utk lipat ganda modal. nk untung jual masa harga tinggi pd agen.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    pajak gadai bukan tempat sesuai untuk kita memperolehi keuntungan,,,pajak gadai adalah tempat untuk kita memperolehi modal seperti kata putremas,,,ramai dikalangan kita sekarang menggunakan pajak gadai sebagai tempat untuk mendapatkan keuntungan padahal kaedah ini kurang sesuai bagi saya

    [Reply]

  2. tujuan emas digadai…
    – untuk mendapatkan wang sementara
    – untuk digunakan sebagai modal untuk tambah emas

    bukan gadai emas untuk dapat untung…
    – untung jika nilai emas naik
    – rugi jika nilai emas jatuh atau tetap (sideway)

    [Reply]

  3. Ada artikel yang saya baca – sekiranya 1/3 pendeposit Perancis menukar wang fiat ke emas , JP Morgan Perancis boleh lingkup . Di Malaysia , kita tak tahu samada kawalan emas akan dibuat oleh kerajaan sekiranya ramai yang akan keluarkan duit fiat dari akaun simpanan/ASB/ASN,TH ,mutual fund utk bli emas . Sistem bank akan kehilangan deposit semua sistem tabungan (saving / pelaburan / mutual fund ) dan mungkin lingkup . Adakah senario ini boleh terjadi dan tentulah kerajaan akan menghalang pemilik emas dari menjual (i.e. dengan cara mengeluarkan arahan supaya Ar Rahnu tidak menerima emas ). Sekiranya ramai yang menyimpan emas dari biasa , sistem bank akan gagal . Sebab itu bank lebih suka kita membuka akaun pelaburan emas [ emas kita dia guna utk accounting reserve dia ! tapi tak bayar untung kat kita ). Oleh itu kalu nak buat buat untung guna gold trade account utk jualbeli . Kalau emas fizikal utk dipegang utk simpanan masa depan bukan utk barangan dapat untung . Utk difikir bersama

    [Reply]

  4. jual la kt pblic gold,kalu ttup jgk pg ,jual la kt kdai emas..mmbohong kalu xbli la…kne komitmen la psl emas nie tu psl la kne ilmu tntng emas n sjrh emas bru yakin boleh!!!xpcye ,bole ke tak ,e2 sume yg mnyebabkan menarik sesuatu negatif akn berlaku so kne la ade ilmu menarik kekayaan dgn kuasa minda …nk berjaye bljar lah dgn org brjaye ..jgn belajar dgn pndpt sndri jew..ha3

    [Reply]

  5. ingin menambah
    correct me if I’m wrong

    Benar
    Emas yg disimpan oleh pihak bank tidak dapat menjana pendapatan kepada pihak bank. Akan tetapi, upah simpan yg dikenakan oleh bank iaitu 0.75%/bulan adalah bersamaan dengan 9.0% setahun. Ini merupakan salah satu sumber pendapatan kepada pihak bank.
    Sistem Arrahnu juga merendahkan risiko NPL kerana pembiayaan kepada penggadai disandarkan kepada emas dengan margin pembiayaan 70% dari nilai emas. Bermaksud jika penggadai gagal menebus semula emas gadaian, maka emas tersebut dapat melindungi kedua belah pihak, penggadai dan bank. Hal ini tidak berlaku kepada Pembiayaan Peribadi yang mana jika peminjam gagal membayar ansuran bulanan, peminjam boleh diistihar muflis kerana tiada sandaran bagi pembiayaan tersebut.
    Pembiayaan bukan hanya untung keuntungan tetapi berkait rapat dengan risiko. Sebagai contoh pembiayaan untuk kereta mewah biasanya diberikan faedah yg rendah sehingga 0.88% tetapi bagi kereta nasional tinggi sehingga 4.2%. Ini kerana pembeli kereta mewah mempunyai kadar risiko yang rendah untuk tidak membayar pembiayaan. Bank akan mendapat sedikit keuntungan tetapi berbalio dengan risikonya.
    Ar rahnu Agro Bank sendiri menyasarkan RM300 juta pembiayaan melalui sistem Ar rahnu mereka. Jika Ar rahnu tidak memberikan pendapatan, pada pandangan saya pihak bank tidak akan menyediakan perkhidmatan yang tidak menguntungkan ini.

    [Reply]

  6. betul3 … xde untung xde la kdai pjak mne2 bkak..ni sbbkn emas is only value things and high market in the world!!! dan yg pling best emas is limited edition no cetak rompak he2

    [Reply]

  7. jangan lupa makcik kat kelantan tu meniaga dengan bantuan pajak gadai juga pada masa dulu…kalau dibandingkan menggunakan kad kredit adalah lebih menguntungkan menggadaikan emas…sekiranya menggadaikan emas dan kewangan itu disalurkan pada perniagaan atau membeli emas lagi pasti menguntungkan..klu makcik2 tu boleh survive inikan pulak kita yang ada ijazah,master segala…dari segi upah simpan tu klu simpan dirumah pun boleh kena curi…lagipun upah simpan tu mungkin sebagai insurans pada emas yang kita gadaikan pada bank. lagipun keuntungan melibatkan kedua pihak2…

    [Reply]

  8. satu cara lagi bagi mengelakkan perkara ini adalah jangan belo gold bar atau gold coin tetapi belilah barangan kemas. kalau nak tambah lagi pegangan emas, maka gadaikan barang kemas dan belilah gold bar/coin. itu macam pun boleh ba…

    [Reply]

  9. Saya telah gunakan kaedah Sistem Gadaian Ar-Rahnu untuk tambah koleksi emas. Dengan bermodalkan RM5000 telah menghasilkan 111 gm emas. Saya sedang mencari kaedah terbaik untuk menguruskan pinjaman dan upah simpan di Ar-Rahnu. Sudi kiranya sahabat kongsikan idea….

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *