Panduan Cuci Emas Sendiri @ Pilih Sendikit Cuci Emas

Cuci emas sendiri atau anda boleh pilih orang lain yang lakukanyya tapi perlu berhati-hati kerana sudah banyak berita mengenai sindiket penipuan cuci emas.

Adakah semua jenis emas perlu dicuci , bagi saya hanya emas yang dipakai/emas perhiasan/jewellery/barang kemas perlu dicuci tapi tidak perlu bagi emas dalam bentuk dinar dan goldbar.Emas perhiasaan perlu dicuci bagi menghilangkan kotoran yang melekat pada barang kemas tersebut.

Dua kaedah yang saya cadangkan jika ingin cuci emas anda.Pertama cuci di kedai emas yang diyakini atau anda boleh lakukan sendiri di rumah.So disini saya kongsi panduan ringkas cuci emas sendiri hanya dirumah :

  • Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.
  • Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata @ homogen dengan mengacaunya.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
  • Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
  • Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
  • Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, InsyaAllah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.

sindiket cuci emas

 

Mungkin anda ada cara tersendiri cuci emas ? Boleh share dengan kami di ruangan komen ya…Ilmu bermanfaat mesti di kongsi.

Berita lama di siar Sinar Harian pada 2012 , mengenai sindiket susut emas selepas di cuci.

PENDANG – Lebih 20 suri rumah dan warga emas dari 10 kampung menanggung kerugian ribuan ringgit apabila barang kemas milik mereka rosak dan susut nilai setelah ditipu sindiket mencuci emas yang berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini.

Mereka mendakwa dikunjungi dua lelaki bersama seorang wanita yang berpura-pura menjual emas Korea, sambil memujuk untuk mencuci emas dengan mengenakan bayaran RM2 setiap satu barang.

Difahamkan lagi, suspek menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dan mereka kurang fasih berbahasa Melayu.

Antara kampung-kampung yang sering menjadi sasaran adalah Kampung Tualang, Minangkabau, Kubur Panjang, Alor Pudak, Tanjung Radin, Kuala Lanjut dan Pulau Keramat.

Mangsa, Che Sam Md Arof, 50, dari Kampung Kuala Lanjut berkata, kira-kira 9.30 pagi dia yang berada di rumah bersama suami dan cucu didatangi dua lelaki bersama seorang wanita memberitahu ingin menjual emas Korea.

“Pada mulanya saya menolak, namun mereka tetap memanggil keluar sambil memaksa saya melihat barangbarang yang dijual. Mereka juga menawarkan untuk mencuci rantai tangan saya.

“Namun saya menolak, menyebabkan seorang daripada mereka bertindak membuka rantai tangan yang dipakai ketika itu,” katanya.

Che Sam berkata, rantai tangan itu dibeli kira-kira tiga tahun lalu berharga RM2,000, namun selepas mencucinya didapati beratnya semakin susut.

“Jangkaan saya tepat setelah ke kedai emas untuk mengesahkan berat rantai tangan itu semula.

“Saya kerugian hampir RM3,000  dengan nilai harga emas itu masa kini RM602 sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Jah Taha, 66, berkata, dia turut kerugian kira-kira RM2,000 apabila seutas rantai tangan seberat 9.55 gram yang baru dibelinya rosak selepas mencuba perkhidmatan mencuci itu memandangkan bayaran yang dikenakan untuk mencuci emas di kedai jauh lebih tinggi iaitu RM10 setiap satu.

Jah berkata, dia baru sebulan membeli rantai tangan itu hasil wang simpanan menoreh getah, namun sedih setelah melihat rantai tangan itu rosak dan semakin susut beratnya.

Katanya lagi, mereka mencuci emas menggunakan sejenis cecair yang digoncang bersama barang kemas dalam botol selepas dipanaskan dengan api.

“Keadaan air di dalam botol itu berwarna kuning selepas dicuci dan saya tidak mengesyaki apa-apa ketika itu.

“Saya berharap agar pihak boleh dapat mengambil tindakan tegas membanteras sindiket terbabit, agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan kejadian sama yang turut membabitkan suri rumah di Pendang, apabila dua rantai tangan bersama sebentuk cincin rosak dan susut beratnya. – http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/emas-susut-selepas-cuci-1.51152

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *