Dimana Posisi Anda Dengan Emas ?
Setiap kali harga emas naik mendadak atau turun mendadak , mesti hp saya penuh dengan persoalan ” Nak Naik Lagi Ke ? Nak Turun Lagi Ke ? Jom kita baca artikel di bawah dan anda akan jumpa jawapannya ;
–
Seringkali diajukan pelbagai persoalan diminda tentang pelaburan emas iaitu;
“Bila waktu terbaik beli emas?”
“Bila waktu terbaik jual emas?”
“Banyak ke untung kalau beli sekarang?”
“Rugi ke kalau jual sekarang?
Jika anda masih berdolak-dalik dengan persoalan ini, masalah yang sebenar adalah anda masih belum tahu apakah posisi sebenar anda didalam pelaburan emas ini. Anda masih keliru, samada mengumpul dan menambah nilai GRAM atau memaksimumkan jumlah RM anda.
Tetapkan Posisi
Dalam pelaburan emas, tahu dimana posisi anda adalah penting, supaya anda tahu apakah sasaran yang anda perlu capai. Posisi yang terdapat didalam pelaburan emas ada tiga;
1. Penyimpan
2. Pelabur
3. Peniaga
Saya akan terangkan satu per satu definisi posisi ini.
1. Penyimpan
Fokus utama di posisi penyimpan adalah penambahan nilai GRAM. Bila anda dapat sahaja duit, terus alihkan kepada emas tanpa menghiraukan harga semasa pada waktu itu. Yang penting, nilai gram tabungan emas anda makin bertambah.
Anda juga mengambil insiatif simpanan emas ini sebagai salah satu cara untuk mengelakkan kebocoran wang. Istiqamah dalam pengasingan wang ringgit terus kepada emas mampu mengawal sifat boros berbelanja didalam diri anda. Anda mengangap emas yang anda beli setiap masa akan digunakan pada jangka masa yang panjang atau diwaktu kecemasan.
Akan tetapi, bagaimana nak cari duit untuk tambah simpanan emas?
Tiada cara lain melainkan anda bekerja untuk mendapatkan wang samada melalui gaji tetap atau pun melalui hasil keuntungan business. Jumlah gram anda tidak akan bertambah jika anda tidak membeli emas tersebut.
Emas sebagai Simpanan Untuk Dilupakan.
2. Pelabur
Bagi pelabur, anda memfokuskan untuk menambah jumlah RINGGIT. Dengan cara, membeli pada ketika harga rendah dan menjual semasa harga yang tinggi tanpa menghiraukan nilai GRAM. Bagi posisi ini, jumlah gram tidak dijadikan ukuran. Gram Emas hanyalah satu medium untuk menambahkan jumlah RM sahaja.
Andainya anda mempunyai modal RM 10,000 dan anda laburkan kepada emas dikala harga RM170/g. Jumlah emas yang ada miliki adalah 58.8 gram. Sampai satu masa, harga emas naik mencecah 190/g dan anda terus menjual kesemua 58.8 gram emas anda pada harga RM 11,172. Disini anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM 1,172 daripada modal awal.
Terus dilaburkan semula RM 10,000 untuk round 2. Perhatikan pada waktu ini, nilai RM 10,000 hanya mampu membeli 52.6 gram emas sahaja. Sebab itulah jika anda sebagai pelabur, nilai gram bukan perkara utama anda. Menjadi masalah kepada pelabur adalah apabila perasaan SAYANG terhadap emas mula berputik membuatkan anda SAYANG untuk menjualkan nya.
3. Peniaga
Peniaga Emas adalah mereka yang aktif menjana keuntungan melalui hasil jual beli emas. Posisi ini adalah sangat unik dimana anda mampu untuk menambah RM, dalam masa yang sama, menambah GRAM. Istilah yang sesuai ialah dengan menjadi Dealer atau Agent.
Sebagai contoh, jika anda seorang Normal Dealer Public Gold, anda telah membeli Gold Bar 250gram pada harga RM 40,000. Apabila harga emas naik, anda niagakan emas tersebut mengikut harga semasa, contohnya RM42,000. Dengan wang itu, anda terus membuat belian semula emas 250gram pada harga RM 42,000.
Mana datang untung nya?
Dealer Public Gold akan mendapat insentif belian sebanyak 1%, 1.5% atau 2% mengikut status dealer anda bersama Public Gold. Jika anda hanya seorang Priority Dealer, insentif belian sebanyak 1.5% daripada RM 42,000 adalah RM 630. Dalam menjana RM, anda juga mampu menyimpan nilai GRAM.
Peniaga emas ni selalunya, harga emas naik, mereka senyum. Harga emas turun pun, mereka senyum.
Kesimpulan
Anda perlu pilih anda berada di posisi yang mana agar anda tahu kemana hala tuju anda didalam pelaburan emas ini.
Kredit : http://www.sembanggold.net/single-post/2016/07/28/Dimana-Posisi-Anda