Hadiah Perkhawinan Dengan Emas Lebih Bernilai Sepanjang Zaman
Sekarang semakin banyak permintaan beli emas untuk dijadikan hadiah. Bukan sahaja sebagai maskahwin, tetapi untuk hadiah-hadiah yang lain juga. Pernah ada sebuah sekolah contact saya, mereka mahu beli gold bar 1 gram Public Gold untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Memang bijak idea mereka – hadiahkan emas!
Siapa nak berikan hadiah dalam nilai sekitar RM160 – RM200, hadiahkanlah emas gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Ia bukan sahaja cantik, tetapi ia juga mempunyai nilai sentimental tersendiri, dan nilainya akan sentiasa mahal sepanjang zaman. Ia pasti lebih mengujakan dan menjadi kenangan berharga oleh sesiapa sahaja yang menerimanya.
Masalah Hadiah Dibazirkan
Bila ada emas yang bersaiz kecil dan cantik ini, kita dah tak perlu pening kepala nak beli hadiah apa. Hadiahkan sahaja emas ini. Tak ada orang yang tak suka dengan emas. Tetapi kalau kita beli hadiah-hadiah bentuk lain, mungkin ada orang tak minat atau tak perlukan hadiah itu.
Tak percaya, cuba tengok hadiah-hadiah yang orang bagi masa majlis kenduri kahwin sesiapa sahaja. Saya pasti, bukan sahaja hadiah itu tak digunakan, bahkan banyak yang berlonggok di rumah ibubapa dan mentua! Ia satu pembaziran…
Saya sendiri pun sama. Bila terima hadiah, memang banyak yang saya tak gunakan. Waktu kerja dahulu, ramai orang bagi hadiah pen – bermacam-macam jenis pen. Tetapi saya tetap guna pen yang saya selesa, dan pen-pen yang dihadiahkan itu banyak yang tersimpan dan banyak juga yang rosak dan terpaksa dibuang! Ia lagi satu pembaziran…
Semua Orang Sukakan Emas
Berbeza kalau kita terima emas sebagai hadiah. Semua orang sukakan emas. Ia boleh dijadikan harta bagi penerimanya. Kalau perlukan duit suatu hari nanti, ia boleh dijual untuk dapatkan tunai. Berbeza dengan berikan hadiah wang tunai. Kalau hadiah duit, duit itu akan habis dibelanjakan sekejap sahaja. Tetapi kalau hadiahkan emas, emas tu akan disimpan. Ia akan jadi ‘sentimental value’ bagi penerimanya, dan ia juga bernilai sepanjang zaman.
Bagi saya, emas sesuai untuk dijadikan apa sahaja jenis hadiah, temasuklah;
- Hadiah kecemerlangan (pelajar, pekerja).
- Hadiah perkahwinan (maskahwin, pengantin baru, anniversary).
- Hadiah birthday (kelahiran baru atau sambutan hari lahir).
- Hadiah perayaan (duit raya, ang pow).
- Hadiah majlis perpisahan (farewell).
- Hadiah cenderahati jemputan (penceramah, tetamu kehormat).
- Hadiah tetamu koperat (client, bisnes partner, affiliates, VVIP) – boleh buat custom design untuk syarikat sebagai hadiah untuk tetamu koperat (tempahan minimum 5 kilogram).
Kalau nak beli emas untuk dijadikan hadiah, saya boleh jamin, gold bar 1 gram Public Gold ini paling murah dalam pasaran berbanding gold bar keluaran syarikat lain, apatah lagi yang dijual di kedai emas.
Bajet Nilai Hadiah Emas
Untuk bajet hadiah, saya boleh syorkan item di bawah, atau boleh juga dengan kombinasi item di bawah yang bersesuai dengan bajet:
- RM160 – RM200 -> Gold bar 1 gram.
- RM320 – RM400 -> ½ dinar (bersamaan 2.125 gram).
- RM800 – RM900 -> Gold bar 5 gram.
Jadi pilihlah mana-mana item dan design yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Public Gold keluarkan pelbagai design mengikut musim. Ia sesuai dijadikan koleksi, hadiah dan juga sebagai pelaburan emas. Boleh semak design semasa di Facebook Page. Nak murah untuk belian produk 1Gram , 5Gram dan 1/2 Dinar boleh buat belian kaedah GAP
Kredit : http://www.mohdzulkifli.com
Hadiah pemberian ini akan dikenang sampai bila-bila.
[Reply]