Harga Emas Menuju Puncak

Sekali pandang tajuk kita pada hari ini seperti lagu tema Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan orang Melayu pada zaman sekarang iaitu “Menuju Puncak”.Artis yang paling top lahir dari Akademi Fantasia adalah Mawi.Baiklah , kita tinggalkan isu Akademi Fantasia dan berbalik pada topik kita pada hari ini iaitu harga emas menuju puncak.Tentu sahabat semua tertanya-tanya , puncak mana yang dituju oleh emas.Untuk makluman semua , saya sendiri belum pasti puncaknya.Apa yang saya tahu saban tahun harga emas mendaki dari USD 255.30/Oz – USD 1214.80/Oz berdasarkan pada graf dibawah :

Sejak akhir-akhir ini harga emas agak mendatar berbanding sebelum ini , ini bukan bermakna emas sudah letih mendaki sebaliknya mengambil nafas baru untuk terus mendaki 🙂 . Mengikut ramalan ahli nujum pak pelalang , harga emas pada tahun ini akan ditutup melebihi USD1200/Oz.Jika ramalan ini benar , harga emas pada waktu ini ditahap murah berbanding akan datang.Ketika artikel ini ditulis , harga emas dunia dan Public Gold seperti dibawah :

Tidak salah jika saya mengatakan puncak sebenar yang ingin didaki oleh emas adalah “hari perhitungan iaitu hari kiamat”. Sebelum ini saya sering bercerita tentang kelebihan emas pada mata kasar.Selain kelebihan emas yang nampak pada pandangan kasar , emas juga mempunyai kelebihan tersirat pada penyimpannya/peniaga.

Memiliki emas membuatkan seorang lebih penyabar dan tidak boros.Perasaan ini hanya boleh dirasai oleh mereka yang mempunyai emas.Jika anda ingin merasai perasaan ini , apa kata cuba menyimpan emas dan ceritakan perasaan anda pada saya.Saya tidak nafikan , masih ramai yang tidak yakin dengan kelebihan emas.Banyak faktor yang mempengaruhi perasaan “tidak yakin” ini.Hanya mereka yang berkenaan sahaja dapat menghuraikan rahsia sebenar perasaan tidak yakin pada emas.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *