Harga Petrol, Diesel, Gula Dan Gas Naik , Emas !

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.”Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan,” kata kenyataan itu.

Ini bermakna, harga gula di pasaran mulai tengah malam ini akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.Berita Harian Online

Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
Diesel – RM1.75 seliter.
Gula – RM1.70 sekilogram.
Gas LPG – RM1.85 sekilogram.

Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40).
Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20).
Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00).

So mulai hari ini kos bagi mendapatkan petrol,diesel,gula dan gas meningkat sedangkan kuantiti product yang diperolehi tetap sama.Adakah kenaikkan harga komoditi ini akan memberi effect pada harga emas dan apakah kebaikan bagi mereka yang menyimpan duit dalam bentuk emas.InsyaAllah saya akan cuba ulas pada episod akan datang…

3 comments

  1. kenaikan harga petrol, diesel, LPG & gula ni terhad dalam negara. the comodity itself dah lama naik (slowly la). itu sebab minyak naik pun (kerajaan tarik subsidi) emas no effect.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *