Simpan 10 Dinar Untuk Pergi Haji Tahun 2015

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”



Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas turun.

MENGAPA?

“KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!”

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

CARA PENGIRAAN:-

Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009

Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) – RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00

Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-

Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-

33.3-39% p.a

“Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015”

http://bullion-and-dinar.blogspot.com/2010/07/simpan-dinar-untuk-menunaikan-haji.html

16 comments

  1. di mana nak dapt dinar kelantan

    berapa harga 1 dinar dan satu dirham

    berapa berat dinar dan dirham dalam gram

    [Reply]

    ainna Reply:

    Assalamualaikum..saya ade menjual emas dalam bentuk goldbar dan dinar..boleh email detail..

    [Reply]

  2. salam..sgt menarik info nie..thanx for sharing..kalu bleh nk mtk izin en sabri untuk sy kongsikan artikel ni..bleh??

    [Reply]

    Sabri Reply:

    dipersilakan

    [Reply]

  3. bila baca artikel ni,baru terbuka minda, patut diwar-warkan kepada semua.terima kasih dan minta izin nk share artikel ni boleh ke?

    [Reply]

    Sabri Reply:

    dipersilakan puan Masrini , moga puan terus mendapat kekuatan dari Allah Taala

    [Reply]

  4. Salam…

    1.bank mana yg jual dan boleh simpankan terus dinar emas (fizikal)

    2.if kte beli emas..macamana nak simpan..

    3.ble tak bgth, bila dah beli emas tu apa prosedur seterusnya..tq

    [Reply]

    Sabri Reply:

    1.setakat ini belum ada bank di Malaysia yang menjual dinar , tuan boleh sewa safe deposit di mana-mana bank yang mendiakan services tersebut.

    2. dari segi simpan terpulang pada individu sendiri , nak simpan kat rumah ke , kat safe deposit bank ke , bagi orang lain simpan ke…

    3. tiada prosedur seterusnya , ( bagi orang Islam kalau cukup syarat – mesti bayar zakat emas setiap tahun )

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *