Makin Hari Kita Semakin Tua

Assalamualaikum , salam satu Malaysia dan salam sahabat emas.Panjang betul salam saya hari ini 🙂 . Pernah sahabat mendengar “orang semakin muda” . Tidak ada kan , setiap insan yang bernyawa bergelar manusia pasti “semakin tua”.Kalau ada yang semakin muda hanya perasaan sahaja.Setiap dari kita pasti melalui satu saat dimana tidak mampu lagi bekerja.Jika tidak berkerja dari mana sumber rezeki/kewangan.Adakah dari anak-anak ? Anak-anak kita juga bila sampai satu saat mempunyai tanggungjawab sendiri.Adakah dari aset ?



Makin hari kita semakin tua. Sejauh mana bekalan kita untuk hari esok…

Saya tidak akan membincangkan soal bekalan untuk akhirat kerana semua orang sudah mengetahuinya.Saya hanya akan huraikan bekalan di saat kita tidak mampu lagi bekerja yakni masa tua.Jika sahabat membaca artikel saya sebelum ini iaitu simpan emas penyelesaian miskin selepas pencen tentu sedikit takut atau gerun.Memang patut kita takut/gerun jika kita tidak mempunyai aset.Bagi saya aset yang paling simple adalah dengan menyimpan emas.Kalau nak simpan tanah / rumah memerlukan modal yang besar.Tapi emas boleh disimpan dengan modal yang kecil , sebagai conoth simpan 1 dinar 1 bulan , dalam setahun anda mempunyai 12 dinar.

Contoh pengiraan :
Andai kata kita mampu bekerja dalam jangka masa 30 tahun .

30 tahun X 12 = 360 dinar .

Harga 1 dinar sekarang RM570 ( mengikut harga public dinar ).

Purata kenaikkan harga emas dalam satu tahun lebih kurang 25% . So dalam masa 30 tahun 750% kenaikkan harga emas.

Berapa agaknya harga 1 dinar selepas 30 tahun ?

p/s : Kalau ada silap harap di perbetulkan kerana saya hanya insan yang menumpang.

2 comments

  1. KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung
    terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja
    meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan
    Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
    BUKTI…Abdul Rahman
    menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau
    Pinang.
    Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP)
    selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
    Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa
    mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
    “Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.
    Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
    Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.
    Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.
    “Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,”
    katanya. Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik
    apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.
    Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.
    Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu
    kepada anak lelakinya itu. “Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi
    selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
    “Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu.
    Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.
    Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan
    terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
    Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani
    pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.
    “Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan
    perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
    “Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya
    keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
    Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan
    kini menetap di Langkawi.
    Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok
    bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu
    Bertangkup di Beseri dekat sini.

    …………tolong komen En Sabri………….

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *