Pergi Aizat Datangnya Emas

Salam sahabat emas semua.Mesti ramai di antara kita baru selesai layan Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24).Saya tak layan pun , layan gitu-gitu ajer :).Dengar khabar Aizat bekas pelajar Akademi Fantasia bergelar juara musim ke 24.Betul kan….beliau berjaya bergelar juara Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan lagu berjudul Pergi.Best ke lagu tu ? So saya pun cari dan layan melalui Youtube.Memang mendayu-dayu lagu tersebut.

Aizat Sebelum Ini

Baiklah saya bukan nak bercerita lebih detil mengenai Aizat , cuma saya nak jadikan Aizat sebagai contoh untuk kita semua.Tentu sahabat semua ingat , bagaimana Aizat muncul dalam industri hiburan tanah air.Bagi mereka yang belum mengetahui , Aizat adalah bekas pelajar Akademi Fantasia.Kalau dahulu boleh dikatakan Aizat disingkirkan kerana bentuk badannya yang tidak boleh di “niagakan”.Tapi apa yang berlaku sekarang ? Adakah pencapaian beliau sekarang melalui satu proses yang cukup mudah.Tentu tidak sama sekali…..pencapaian dia sekarang melalui satu proses yang cukup mencabar.

Aizat Sekarang

So disini , saya ingin mengajak sahabat semua berusaha dan terus berusaha mencapai sesuatu impian.Tanpa usaha kita tidak akan ke mana-mana.Begitulah juga dalam perniagaan emas , hari ini tiada orang beli / orang sindir . Mungkin esok ada orang beli / tiada orang sindir.Yang penting kita sampaikan betapa pentingnya menyimpan duit dalam bentuk emas.Kita tidak boleh memaksa orang membeli/emyimpan emas tetapi boleh menyampaikan info/maklumat mengenai emas.

Sebelum saya tamatkan coretan saya yang tidak seberapa ini , mengapa saya memilih tajuk Pergi Aizat Datangnya Emas.Tidak ada yang pelik pun , Pergi Aizat adalah untuk Aizat.Datangnya Emas adalah rahmat untuk saya 🙂 yang mana sebelum ini saya zero tentang emas. Dan satu lagi , cerita ini sebagai pembakar semangat bagi saya sendiri kerana 2 3 hari ini saya mengalami sedikit cabaran dalam merealisasikan satu projek emas.

2 comments

  1. info update :

    Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24 (2010).

    Vokal Terbaik
    – Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)

    Juara Lagu ke 24
    – Aizat (Pergi)

    Naib Juara Lagu
    – Yuna (Dan Sebenarnya)

    Tempat Ketiga
    – Faizal Tahir (Bencinta)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *