Marilah Sama-Sama Menyimpan Emas
Salam sahabat emas semua , jika inilah kali pertama anda semua mengetahui tentang potensi emas dan mengenali blog ini , apa kata langgan artikel blog ini dan hebahkan pada kawan-kawan.Ilmu yang berguna wajib dikongsi dengan orang lain seperti kata orang kelantan “jangan make sore”.
Mengapa saya mengalakkan anda semua menyimpan emas.Banyak kelebihannya , anda boleh selidik sendiri arkib blog ini atau pun ditempat lain tentang kelebihan menyimpan emas.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Rasulullah S.A.W sendiri bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”.So mengapa kita masih tidak mahu menyimpan emas walaupun 1 dinar ?
Mungkin dikalangan kita ada yang bersangka , “alaaaa ko nak jual emas mesti ler hebahkan perkara baik-baik jer supaya emas laku dan ko dapat untung” . Sebagai agen Public Gold , keuntungan hanya 1.5% daripada jumlah pembelian.Kalau difikirkan , minyak kereta pun tak lepas.Tapi fungsi agen Public Gold sebenarya hanya untuk mempercepatkan proses penghantaran dan mengurangkan kos .Sebagai contoh anda berada di Terengganu , sanggupkah anda pergi ke Pulau Pinang semata-mata untuk membeli 1 dinar.
Contoh Pengiraan Komisen Yang Agen Dapat
1 Dinar pada hari ini RM548.So komisen (1.5%) yang agen dapat RM8.22.