Pengurup Wang Malaysia Bekukan Dagangan Mata Wang India

indian-rupees
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari India atau yang merancang ke negara itu, menghadapi masalah kerana pengurup wang tempatan telah membekukan dagangan mata wang India selepas New Delhi mengumumkan pemansuhan not Rs500 dan Rs1,000.

Tinjauan BERNAMA di beberapa outlet pengurup wang Jalan Masjid India dan di sekitar ibu negara mendapati ramai rakyat Malaysia serta pelancong India yang beratur di kaunter untuk menjual mata wang itu, berasa kecewa.

Satu daripada syarikat pengurup wang, Sky Xchange berkata, ia hanya boleh menasihatkan pelanggannya untuk menunggu pengumuman lanjut daripada kerajaan India…..- BERNAMA

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *