Simpan Emas Lebih Baik Dari Simpan Duit Kertas

Salam sahabat….mungkin ramai dikalangan kita tertanya-tanya mengapa simpan emas lebih baik dari menyimpan duit kertas.Bagi seorang pemboros 🙂 seperti saya menyimpan duit kertas bukan alternatif terbaik.Ini kerana bila-bila masa sahaja duit tersebut akan habis.Sebagai contoh , anda mempunyai duit RM dalam akaun bank dan mempunyai kad ATM.So duit tersebut bila-bila masa sahaja , boleh dikeluarkan.Berbalik menyimpan emas , tentu lebih susah  untuk anda tukarkan emas tersebut dalam bentuk duit kertas.Ini secara tidak langsung , membuatkan kita lebih susah untuk menghabiskan duit.Lagi pun takkkan anda ingin membeli sehelai baju menggunakan emas.

emas-vs-ringgit

Selain daripada itu emas juga tidak akan susut nilai berbanding menyimpan duit dalam bentuk kertas.Cuba anda bayangkan nilai RM1 , 10 tahun sebelum ini dengan sekarang ? Cuba anda bayangkan nilai emas 1gram , 10 tahun sebelum ini dengan sekarang ?

Emas juga tidak akan musnah walau dalam keadaan apa sekali pun dan tetap bernilai .Duit kertas ? Akan hancur dan akan susut nilainya.So berdasarkan 2 alasan tersebut mengapa kita masih tidak mahu menyimpan emas ? Adakah kerana kita tidak mempunyai wang untuk membeli emas atau kerana harganya mahal.

Jika anda tidak mempunyai wang , emas lah sebagai alternatif terbaik menambah wang anda.Sebagai contoh anda membeli emas dengan harga RM500 bulan ini , 2 3 bulan kemudian nilai emas yang anda beli RM500 akan menjadi lebih dari RM500.

Harganya mahal ? Baguslah kalau anda sedar akan harga emas yang mahal…Sebenarnya “harga emas mahal hanya perasaan kita sahaja”.Sebagai contoh , anda membeli seutas rantai berharga RM1000.00 , tentu anda akan rasa mahal kerana anda hanya memperolehi  seutas rantai emas yang kecil . Sebenarnya mata kita dikaburi dengan nilai wang kertas berbanding emas.

So berdasarkan hujah saya yang tidak seberapa ini mengapa anda masih tidak mahu membeli emas ? So marilah sama-sama membeli emas untuk masa depan anda.Tapi , janganlah sampai anda tidak mempunyai satu sen pun dalam akaun bank….duit dalam akaun bank mesti ada untuk kehidupan seharian.Klik disini untuk panduan membeli emas dengan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *