Tidak Puas Hati Dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat
Salam buat sahabat semua..Ini adalah rentetan cerita pasal hendak mengadai jonkong/wafer kelmarin…cerita semalam tak habis lagi kerana sistem kat Bank Rakyat di Cawangan Dungun so, balik je lah…Hari ini pagi2 lai saya pegi BR..sistem still ofline sejak dari semalam…apa punya service la macam ni…Saya pergi pula ke Agro Bank…setelah menunggu selama setengah jam, barulah dapat masuk bilik Ar-Rahnu…padahal sebelum ni bukan ada customer pun..dalam hati (“baik berurusan dengan bank cina, service mereka first class, kita pun puas hati”) ..setelah pegawai tu tengok jonkong saya, dia terus call pegawai lain nakkan kepastian sama ada mereka terima atau tidak emas jonkong..dan resultnya Agro Bank caw. Dungun dah tak terima jonkong atau dinar..dulu pernah Agro Bank ini terima sekejap…
Pukul 2 lebih saya pergi pulak ke BR setelah saya pastikan sistem nya sudah dapat online..bila saya masuk terkena pulak dengan pegawai yang sindir saya kelmarin…Dia dah tahu saya nak gadai jonkong…setelah dia ambil certificate dan invoice, pegawai tu pergi refer bos dia pulak…Lama juga proses menimbangnya…saya telah gadai 100g x 1,50g x 1, 20g x 2….hasil dari timbangan wafer yang 20g sekeping bacaan jadi 22.8k (950) dan berat menjadi 20.01g…setelah di kira, jumlah pinjaman yang diluluskan ialah rm16000…saya tanya itu 65% dari nilai marhum ke? pegawai tu kata ya….saya diam saja…dalam hati ada terfikir…betul ke jumlah tu?…
Pengurus cawangan BR dungun pun datang dan tanya saya pasal jonkong ni…Dia tanya, macam mana pembelian yang saya buat? saya kata macam biasa la bayar dan dapat lah barang…Syarikat ini tak tipu ke? tanya manager tu lagi…”Apa yang tipu, saya bayar dan saya dapat apa yang saya beli”….Macam mana dengan syarikat Etika yang jual emas tu?….”syarikat PG yang berurusan dengan saya tiada kena mengena dengan Etika” balas saya…Manager itu pun menerangkan yang sebelum ini ada seorang customer mereka yang menggadai emas yang dibeli dari Etika sebanyak 10 ketul dan tidak dapat menebus balik kerana duit gadai itu di beri balik kepada Etika..dan itu adalah skim cepat kaya…sebab itu dia berat nak terima jonkong dari saya….Saya kata PG tidak mengamalkan sistem macam Etika….pegawai kaunter yang berurusan dengan saya menyampuk, katanya syarikat ini pun akan jadi gitu jugak…Hangin gak saya mendengarnya…asyik nak menyindir ajer pegawai tu..dah ler lansung tak mesra..muncung jer buat kerja…kononnya “Mesra Pelanggan”..hampeih..Service cukup mengecewakan..kalau service untuk personal loan, laju dan mesra pulak…Almaklum lah..sistem Ar-Rahnu ini tidak banyak untung…….
Syarikat PG tidak akan jadi macam Etika kerana meggunakan sistem yang betul iaitu bayar duit baru dapat emas .Itu ajer sistemnya seperti jual beli emas kat kedai emas jugak ler….bagi duit dapat ler emas cuma yang membezakan PG dengan syarikat/penjual emas lain adalah harganya lebih murah.
Berbalik pada pengiraan pinjaman gadaian tadi…nilai marhum adalah RM25,440.93 bagi semua jonkong yang saya gadai…65% pinjaman yang diluluskan X dengan RM25,440.93 = RM16,536.60…tetapi mengapa pinjaman saya diluluskan dengan jumlah RM16,000 sedangkan masih berbaki rm536..tetapi upah simpan dikira 0.75% dari nilai marhum…iaitu rm190.29 sebulan..sedangkan jumlah yang di beri pinjam tidak mencukupi 65% dari nilai marhum….Ini sudah berlaku penipuan….Tidak sepatutnya sistem gadaian Islam ini berlaku penipuan……Bengang sungguh..kenapa la rumit sangat??? Bukannya saya nak jual emas curi tapi emas yang saya beli…….Patut kah saya pergi isu balik hal ini dan mintak baki RM536 itu?..Apa pendapat sahabat??
P/s: kalau ada pegawai BR yang terbaca artikel ini saya ingin menyarankan agar dapat meningkatkan perkhidmatan di bahagian Ar-Rahnu…dan berharap agar lebih mesra dengan pelanggan…walaupun sistem Ar-Rahnu ini tidak begitu mengguntungkan anda, namun keutamaan pelanggan harus diutamakan..Kalau part personal loan, mesra dan cepat ajer..Jika ada sebarang kesalahan maklumat sila beri pendapat anda semua.
sy juga pernah cuba gadai di BR segamat pada 16/10/2009..
nasib baik diterima.. itupun setelah sy call HQ BR di KL.. kata HQ, emas keluaran PG tiada masalah, dan seharusnya diterima gadai di setiap cawangan BR..
emas yg x boleh adalah emas yg dari keluaran 3 syarikat yg masih disiasat BNM.
apabila di BR, sy nk gadai emas PG20. mesin BR detect PG20 cuma 22.8K (950).. dan pinjaman yang diberi rm 1670 = rm128 per gram. alhamdulillah, nasib baik diterima gadai.. dan pegawai yang uruskan tu baik org nye.. walaupun amik masa skit untuk proses..
[Reply]
emas kini Reply:
October 29th, 2009 at 11:41 pm
tu ler pasal..lain caw..lain ragamnya….sepatutnya HQ BR kena ambil “cakna” setiap operasi caw….bukan serah bulat-bulat pada ketua caw…
[Reply]
salam…saye baru je memajak 2 x 50gm PG kt Br caw Puchong, saya rase sbb ape nilai tu jd kurang adalah disebabkan density
“..hasil dari timbangan wafer yang 20g sekeping bacaan jadi 22.8k (950) dan berat menjadi 20.01g..”
so, nilai marhun akan kurang, sepatutnya 24k=999, cadanga saya amik balik emas tu, pastu g try kt pajak kt tempat lain, kadang2 mesin precious metal tester tu biol sket..
[Reply]
emas kini Reply:
October 30th, 2009 at 7:57 pm
dia orang tak check ke mesin tu samada ok ke tak….kalau pihak BR tak check , sepatunya BR melakukan semakan seminggu sekali ker , atau pun 2 3 kali sehari :)….proses timbangan amat penting dalam urusniaga dalam Islam
[Reply]
Salam
saya tertarik dengan artikel ini. saya pun mengalami nasib yang sama. tetapi buat masa ini, kita cuba dulu ke bank rakyat yang servisnya baik seperti bank rakyat kuala terengganu.
di gong badak sendiri tidak beroperasi dengan baik sistem ar-rahnunya. ramai kawan -kawan saya kecewa kalau pergi kesana.setakat ini usaha yang saya lakukan adalah mengemukakan surat penambahbaikkan kepada bank tentang servis ar-rahnu di bank rakyat. berkaiatan emas 20gram tu, kes yang sama terjadi pada saya, bila dia timbang tak cukup karat, jadi apa yang saya buat adalah, tak payah gadai lagi la, esok lusa datang pulak..insyallah menjadi…kiraan 24karat berhasil.(dalam hati masa tu : IKUT MOOD JUGAK EMAS NI)
[Reply]
Rasanya kalau bank Rakyat tak penah ada masalah.Saya nak kongsi masalah pasal bank boleh kan?? Bulan July lalu kad kredit PUBLIC BANK saya kecurian (pencuri pecah rumah masa bekerja). Public Bank minta saya tanggung kerugian 100%.Yang peliknya pencuri boleh membuat transaksi 6 kali berturut-turut menggunakan 2 kad serentak sampai habis kredit limit baru pihak bank nak sekat kad tu. So, pakailah kad kredit bank lain yang lebih bertanggungjawab selain Public Bank.Lepas kad dah kensel, settlement dah buat tiba2 kemarin 1 Disember sampai bil baru pulak…. bagi pemegang kad kredit Public Bank fikir2kanlah.
[Reply]
emas kini Reply:
December 2nd, 2009 at 9:20 pm
kak long buat aduan pada pihak berwajib ler….
[Reply]
sayapun selalu berurusan dgn bank rakyat dungun.mmg agak mengecewakan perkhidmatan kt ctu.ramai staf2 baru.budak2 lagi.buat keje pun x serius.x confident ble dpn customer.lebih baik ke b.rakyat kuala terengganu,staf lebih beradab n b’pengalaman..
[Reply]
Salam.
Saya tertarik dgn luahan kawan emas di atas.
1. Betul ke skim ar-rahnu nie memberi pulangan yang kecil kpd bank berbanding pinjaman peribadi, khususnya kpd bank rakyat?
Pada pendapat saya, skim ar-rahnu memberikan BR pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan Personal loan. Dari kiraan yang saya lakukan, setiap pinjaman 70% dari nilai marhum mereka akan kenakan upah simpan sebanyak 8.4% (setahun iaitu 70 sen/RM100) manakala untuk 60% adalah 7.2% (setahun iaitu 60 sen/Rm100). Kadar keuntungan pinjaman peribadi adalah lebih rendah iaitu kurang dari 6% setahun.
Ar-Rahnu menjadi pilihan kerana ianya satu-satunya alternatif untuk menyimpan emas dengan cara selamat (diinsurankan oleh bank) selain berupaya memberikan pinjaman yang mana wang yang diperolehi boleh dijasikan modal pusingan (rempitt) atau disimpan.
Pada pendapat saya, sikap pegawai berkenaan tidak ada kaitan dengan keuntungan yang diperolehi oleh bank, tetapi ada sebab2 lain yang tidak saya ketahui.
Sekian.
[Reply]
As’salam
Maaf sy nk tanya..
Ada sesiapa yg blh tlg huraikan masalah sy..😥
Sy penah buat gadaian emas kat BR.
Tp bila smpai tempoh matang sy x dpt ambil atau smbg tmph gadaian sy..
Sehingga BR lelong brg gadaian.
Setelah BR lelong brg gadaian sy.tetapi upah simpan sy kena bayar..
pesoalanya skrg kena upah simpan sy kena byr juga.sdgkan d dlm syarat2 gadaian tidak trtulis (sekiranya brg gadaian d lelong upan simpan d tanggung sepenuhnya oleh pihak penggadai)
Adakan lelongan brg gadaian tidak termasuk upan simpan.
[Reply]