Cerita First Time Gadai Jonkong Emas/Dinar Di Bank Rakyat

Salam semua sahabat emas tidak kira dimana berada.Catatan ini merupakan kisah sebenar saya dengan Ar Rahnu Bank Rakyat.Lebih kurang pukul 11 pagi saya membawa jonkong emas dan dinar berjumlah : jonkong 100gram-1 , 50gram-2 , 20gram-2 dan 10 dinar-1 , 5 dinar-1 dan 1 dinar-4 untuk digadai.

Setelah tiba giliran saya , saya membawa semua jonkong emas dan dinar ke dalam bilik pegawai bank yang bertugas.Setelah melihat jonkong emas dan dinar beliau meminta surat beli / certificate dan membawanya ke bilik lain ( bilik bos ) . Lama jugak saya menunggunya……Maybe tak pernah orang gadai kot jonkong emas dan dinar di cawangan tersebut. So setelah lama menunggu , pegawai bank tersebut memberitahu saya ,hanya jonkong emas terima untuk digadai tapi dinar tidak terima kerana tiada no siri.

Saya pun tanya , kenapa cawangan lain terima ( maklumat ini saya perolehi dari agen public gold ) . Pegawai di kaunter sebelah pun menyampuk “demo gie cawangan tu aaaaa” . Aduhhh panas jugak ayatnyer……..macam tu ker layan pelanggan ????

Soalan :

  1. Dinar ada no siri tak ? Setahu saya tiada.
  2. Memang sah ke dinar tidak diterima di Ar Rahnu Bank Rakyat ?

Selepas itu semasa proses menimbang jonkong emas dan mengira jumlah gadaian.Sistem gadaian Ar Rahnu Bank Rakyat offline/terputus sistem.So pegawai bank tersebut cakap , tak boleh buat ler sistem offline , datang esok a.Aduhhhh dalam hati sabar.Sepatutnya cuba selesaikan masalah ini secara berhemah.”Encik tunggu kejap , sistem tengah offline , kita akan cuba selesaikan masalahnya , kalau sekejap kita teruskan kalau lama encik terpaksa datang esok.begitulah kisahya…………

36 Responses so far.

  1. Aliza says:

    mmg hangin tul td kan b….tak sistematik langsung….dah ler tak mesra pelanggan…nak kena komen kat HQ ni…heheh

    [Reply]

  2. ebizz says:

    BR memang kerek la. Tak reti nok berbudi bahasa. Saya pun kena jugak masa baru2 jadi ejen dulu. Awal sept 2009. Gi BR tanya nak gadai, oficer ar rahnu tak tahu pun pasal bar-bar ni. Then baru tanya boss dia. Boss dia tahu pasal bar tapi tak terima bar pasal EE (skim pelaburan punya pasal). Last2 sekali keluar terus dari bilik pajak. Bengkak je.

    Bengkak pun bengkak la. Saya cuma nak test market…. ini la kerani punya stended….

    jadi, komen saya, sapa2 yang beli PG/PD’s dengan saya layak jadi sub agen PG/PD’s dibawah seliaan saya. Tak yah nak kena ada modal 30K. Cukup dengan 20gm PG dan 1 Dinar. Dah boleh buat bizzzznessss.

    Kontek aku utk bincang, tukar2 fikiran.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    boleh ke u buat macam tu

    [Reply]

  3. emas kini says:

    maknanya sekarang tiada “mmg xde standard yg khusus” bergantung pada ketua cawangan kler….esh tak patut ler tak ada standard

    [Reply]

  4. bau says:

    pengalaman saya pula begini,

    minggu lepas saya bawa 2 x 1 dinar PD ke BR utk digadai. Pegawai BR juga memberi tindakbalas yang serupa bahawa tidak tahu pula mengenai dinar atau pun Public Gold krn belum pernah orang lain bawa dinar utk digadai. Tapi beliau suruh tunjukan resit belian dinar tersebut, beliau berpuas hati dgn dokumen pembelian dan sedia utk diproses bagi tujuan gadaian, kerana katanya BR tidak terima produk emas dari syarikat pelaburan yang disiasat BNM.

    Dinar tersebut pun diproses timbangan utk menentukan purity dan beratnya. Tapi kecewa jua akhirnya kerana bacaan karat dinar sepatutnya 22k (916) tapi bacaan yang didapati hanya 21k dan beratnya pula lebih sikit iaitu 8.54g sepatutnya 8.5g aje.

    Pegawai berkenaan bagitau tidak dapat menerima dinar milik saya utk tujuan gadaian krn dinar tersebut tidak menepati spesifikasi butiran yang tercatat dlm resit pembelian dan sijil assayer. Ini kerana wafer/jongkong emas atau syiling emas mesti ada dokumen pembelian dan kena tepat butiran yang tercatat dalamnya barulah ia boleh diterima utk tujuan gadaian.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    memang lecehkan..kadang-kadang geram jugak tapi sabar kerana satu Malaysia :)

    [Reply]

  5. emas kini says:

    setelah membuat penyelidikan hasil testimoni pelanggan…rupa-rupa dah banyak isu mengenai sistem gadaian ni….pada hemah saya sistem itu betul cuma yang melaksanakannya sambil lewa

    [Reply]

  6. khairulnizam says:

    salam, betul tuh…..sistem dah ok, tapi orang yang melaksanakannya tak menghayati dan amalkan etika business yang baik dan mesra. Saya pun kena juga, kes saya mesin timbang buat hal….100 gram gold bar saya 3 kali timbang, 3 kali dapat berat tak sama first 99.90 gm, then 98 gm then 99.93 gm. Then nasib baik saya dan pegawai itu discuss, restart balik mesin dan gosok punya gosok…baru ok timbang dpat 99.98 ok lah….diterima.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    kalau yang pegawai bank mesra pelanggan takper..kena yang kurang mesra….nanti dia kata kita pandai-pandai pulak :)

    [Reply]

  7. ebizz says:

    # emaskini “makin banyak caw BR yg tak terima jokong…camner nak pusiang modal ni…”

    Details
    9:52 pm 29/10/09
    #

    # nmzyah “jual la…”

    Details
    10:02 pm 29/10/09
    #

    sabri, cuba faham, statement di atas. tq

    [Reply]

    emas kini Reply:

    maksud u…….i faham kena jual ler emas tu untuk pusing modal….beli masa harga murah n jual masa harga mahal…mcm tu kan…..

    [Reply]

  8. naem says:

    Cawangan ar-Rahnu (sykt milik kerajaan ngeri kelantan ) masih terima…cuma caj lain le skit.. RM0.95

    Kalau x jugak, gadai je dekat kedai emas…hehehe…caj mmg mahal le

    [Reply]

  9. naem says:

    nak tambah skit lagi…kalau nak gadai kat bank rakyat jugak, jual je PG gold tu pada member2 yg berminat. Harga boleh nego since jual balik pd PG, xdpt utg banyak..

    Duit jualan tu , beli le kijang emas. Kijang ni xde mslh nak gadai kat bank rakyat even it’s only a form of coin. Tak caye? cube le…hehehe

    [Reply]

    emas kini Reply:

    kijang emas pun i dgr kata BR tak terima coz ada gambar binatang ….tak tahu ler mcm mana prosedur leh macam-macam jenis

    [Reply]

    naem Reply:

    rujuk balik JE untuk pengalaman diorg pajak kijang emas….

    [Reply]

  10. aziz satar says:

    nama pun bank rakyat,stendet kerani pun standart rakyatla,bukan salah mereka.salah ibubapa mereka tak beri pendidikan akhlak yang secukupnya.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    hehehehehe….mana leh salahkan ibu bapa mereka…kalau dah besar sendiri mahu ingat ler,,,bukan budak2

    [Reply]

  11. ownz says:

    payah jugak kalau mcm nih.. kalau gadai kat pajak gadai cina dowang terima ke tak?

    [Reply]

    emas kini Reply:

    terima rasanya cuma upah simpan tu tinggi ler sikit coz bukan guna sistem ar rahnu….tak semua br rakyat tak terima….bergantung pada ketua cawangan ler

    [Reply]

  12. AzmiBTP says:

    APA DIA…BANK MANA??? BANK RAKYAT…? HAHAHA…DEPA DAH KAYA MANA NAK LAYAN OGHANG MISKIN MACAM KITA LAGI…

    DEPA LUPA KITA YANG BAGI DEPA JADI KAYA….

    HAMPEH…TOBAT TAKKAN GADAI KAT BANK RAKYAT LAGI…PUIH….

    [Reply]

    emas kini Reply:

    banyak-banyak bersabar…:)

    [Reply]

  13. izura says:

    wah… susah juga ya nak gadai gold bar/dinar ni. jadi apa alternatif lain yang kita ada kalau BR tak terima? saya baru plan nak gadai emas kat ar rahnu BR. tapi katanya cuma terima barang kemas jer. goldbar/dinar tak terima.
    lagi satu, kalau nak gadai gold bar/dinar, apa yg perlu dibawa?

    emas + certificate saja ka?
    atau emas+ certificate + resit pembelian?

    -sayabudakbarubelajar-

    [Reply]

    emas kini Reply:

    kalau nak gadai kena bawah emas+certificate+resit pembelian.

    boleh cuba ni ar rahnu selain bank rakyat….

    http://emaskini.com/2009/12/beli-emas-bukan-untuk-di-gadai/

    [Reply]

  14. sam says:

    ssh2 simpan sendri jelaa..
    ar rahnu bank rakyat mmg hampeh.. bacaan mesin timbang depa x accurate langsung.. ntah calibrate ke tidak!!
    ada kes emas 24 karat bila dinilai jd 22 karat.. x ke hampehhh!!!
    tu 1 hal, staff plk lgsg x tau ape2 psl emas nih.. klu tau pn buat2 pandai depa jerr..

    [Reply]

  15. Aliza says:

    tul ke BR dah terima balik emas PG tuk di gadai?..sekejap bleh..skejap tak bleh..macam2 daaaa

    [Reply]

    miani hani Reply:

    dah ble dah
    dulu tak terima sbb BNM yg suh hold..ni psl Etika tu la…skg diorg dah terima tp kalo dr etika, bestino dgn geneva mmg confirm tak terima..yg lain ble consider…
    kalo diorg layanan tak bagus…komplen la..tu peg tu yg ampeh..kesian satu bank dpt nama busuk

    [Reply]

  16. sam says:

    kejap ada kejap x ada.. mcm biskut kn????

    [Reply]

  17. Daneal says:

    ada untug adalah biskut.kalau x muka kita pun tak pandang.itulah perniagaan diaorang…………
    kita ada emas…….. nak ambil2 x nak sudah orang lain boleh ambil.ar-rahnu KPMNJ Bast tak cakap banyak isyaallah dapat

    [Reply]

  18. zila says:

    pajak gadai ar rahnu tidk terima barang kemas yang ada loceng. timbang okey bila nak update dlm komputer tidak dpt.

    [Reply]

  19. abdfatah says:

    itu kes skim pelaburan emas punya pasal. orang lain yang jadi mangsa..

    kenapa dengan bank rakyat? terpaksa kuar duit banyak agaknya untuk ar rahnu. habis tu buat apa kuar iklan dalam tv dan s/kbar?

    harga emas makin naik tu pasal takleh nak gadai dekat BR…

    arahnu agrobank camner pulak? terima tak?

    [Reply]

  20. Abd Shukor Abd Hamid says:

    Asmklm , Bila dengar masalah jualbalik / gadai kat Ar Rahnu macam2 masalah risau juga. Eluk kalau PG buat mesyuarat dengan BR , ArRahnu ,BNM dll. supaya semua petugas faham dan tidak timbul kekeliruan . Satu lagi sya risau ialah asekiranya jatuh nilai wang fiat , kerajaan boleh isu decree tak terima mas [ jadi tak boleh tukar mas kepada wang ] seperti yang berlaku di US tahun 1933 . Pasal skim pelaburan emas pun BNM dah buat arahan jgn terima gadaian emas , inikan pula kalau berlaku dharurat kejatuhan wang fiat seluruh dunia.

    [Reply]

  21. ally says:

    kau lempang je budak bank yg kerek dgn kau 2

    [Reply]

  22. kek says:

    bank rakyat meme kerek …payoh berurusan dgn mereka , byk songeh BR

    [Reply]

  23. kak .t says:

    dengar creta bank rakyat BARU NAK MOHON kat bank negara utk buatgold account mcm bank lain. AWAT LA LAMBAT SANGAT..DIK OI. ORANG LAIN DAH LAMA KAYA ..

    [Reply]

  24. wan says:

    saya gi bank rakyat tadi. saja tanya emes PG utk digadai. Mereka ckap x leh nk gdai. mas ni lbih pada pelaburan. kalu rantai dll leg gdai sbb nk membantu org yg susah saja. emm..

    [Reply]

  25. sams says:

    Ini pengalaman saya pada 8/5 2012. Untuk kita share bersama. Mula saya pegi agrobank salak tinggi. Saya bawa emas lama yg saya sudah tak pakai. Semua emas saya kena rejak oleh mesin. katanya tak leh baca. Kena Trade mana-kedai emas dan dapatkan resit belian. So saya pegi PohKong. Dtag balik ke AB tadi. Tak cukup karat pulak. hanya ada 12k. pegibalik ke kedai Poh kong , saya kata kenapa emas 916 cuma ada 12k. Lepas tu saya minta balik emas saya tadi , transaksi yg tadi dibatalkan. Saya pegi kedai emas biasa kat nilai. Buat trade in sekali lagi. Pegi semula ke AB Nilai Alhamdullilah diterima. Paling kurang ada 21k AB bolah terima. BR saya belum cuba. Itulah pengalaman say first time buat ar-rahnu , 3 kali berulang alik baru berjaya. Awas emas Poh Kong mungkin tak cukup kandungan Karatnya.Penat nya ari tu. Terima kasih.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *