Dinar dan Dirham di Kelantan
Penemuan sekeping dinar emas di Kelantan dalam tahun 1914M yang dijumpai tertanam di bekas istana Kota Kubang Labu, ada tertulis dihadapannya “al-Julus Kelantan 577” membuktikan Kelantan telah diperintah oleh pemerintah Islam sejak tahun 577H bersamaan dengan tahun 1181M
[1]. Kerajaan ini hidup merdeka sehinggalah ia jatuh di bawah kekuasaan Sultan Mahmud Shah Melaka yang melancarkan serangan ke atasnya pada tahun 1477M.
[2]. Namun sebelum kejatuhannya ke tangan Melaka, kerajaan Kelantan sempat mengadakan hubungan erat dengan Negara China di mana pada tahun 814H bersamaan 1411M, pemerintahan Kelantan yang bernama Engku Umar saling menghantar utusan dengan raja China.
[3]. Tiada lagi catitan sejarah ditemui yang mengatakan bahawa penggunaan matawang dinar masih diteruskan selanjutnya selepas kejatuhan kerajaan tersebut. Penggunaan matawang dinar akhirnya kekal dalam lipatan sejarah silam sahaja apabila otak Yahudi mula menggantikan penggunaan dinar emas dengan wang kertas yang digunakan pakai di seluruh dunia. Situasi jadi semakin bertambah ketara lebih-lebih lagi selepas penguatkuasaan ekonomi global yang dimonopolikan oleh Amerika Syarikat dan Yahudi yang menekankan penggunaan Dollar US sekitar tahun 1977.
Menyedari kesan negative penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat dan Yahudi, Negara-negara Eropah mulai bangkit dengan memperkenalkan dan menggunakan matawang Euro demi kestabilan ekonomi mereka di rantau dunia khususnya di Eropah. Dalam kegawatan dan kekalutan ekonomi ini, muncul seorang hamba Allah di Germany bernama Mr.Umar Vanillo (berbangsa Spanyol/dalam gambar memakai coat hitam) yang sentiasa peka dengan status perkembangan ekonomi dunia. Hasil penelitian dan pengamatan beliau, Mr.Umar berpendapat bahawa ekonomi umat Islam hanya mampu kembali utuh dan kukuh jika umat Islam kembali bersatu padu dan bersepakat menggunakan matawang dinar dirham dalam urusan harian mereka sepertimana yang pernah dipraktikkan di zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Inilah sebenar-benar jihad ekonomi yang wajar dilancarkan oleh Umat Islam dalam usaha untuk melumpuhkan penguasaan serta monopoli ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat dan Yahudi. Sekitar tahun 1995, satu rombangan kerajaan PAS Kelantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Eropah dan pada masa inilah mereka berpeluang berkenalan dengan Mr.Umar Vanillo di Germany dan bermalam di rumah beliau. Turut sama dalam rombongan itu ialah Hj.Husam Musa, Ustaz Abdul Halim dan juga abah saya sendiri, Hj.Hashim Omar. Dalam pertemuan itu, Mr.Umar meluahkan hasrat dan cita-citanya untuk mengembalikan semula kegemilangan ekonomi Islam melalui penggunaan matawang dinar dan dirham. Dengan kata lain, proses memboikot beberapa jenama perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donald, KFC dan lain-lain lagi sebenarnya tidaklah menjejaskan sangat ekonomi Amerika dan juga Yahudi kecuali jika umat Islam kembali semula menggunakan matawang dinar dan dirham. Mengapa tidak diboikotkan sama penggunaan senjata M-16 yang direkacipta oleh Amerika Syarikat yang sering digunakan untuk membunuh umat Islam di seluruh dunia???Disamping itu, beliau juga menekan betapa pentingnya Open Market diwujudkan dalam usaha menjana ekonomi sesebuah Negara. Masa berlalu cepat silih berganti. Akhirnya Kelantan di bawah pemerintah PAS berjaya mengembalikan semula kegemilangan penggunaan matawang dinar[4] meskipun tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan pusat.
Dalam kemeriahan ekspo di Muktamar PAS ke-56 baru-baru ini, semua mata mereka yang mengenali Mr.Umar Vanillo terkejut dengan kehadiran beliau yang turut sama menyerikan ekspo berkenaan dengan memperkenal dan menerangkan sejelas-jelasnya tentang keistimewaan matawang dinar dirham kepada para pengunjung ekspo tersebut. Tidak disangka-sangka seorang tokoh pejuang yang berani melancarkan jihad ekonomi terhadap Amerika dan Yahudi juga sanggup meluangkan masanya turut sama memperjuangkan nasib matawang dinar (syiling emas) dan dirham (syiling perak) di Kelantan. Dalam kesempatan ini, saya sempat mengambil beberapa gambar beliau sebagai kenangan.Kredit : http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/06/17/dinar-dan-dirham-di-kelantan/
Salam
Bagaimana nak dapatkan dinar kelantan versi 2 ni?Di mana?
T.Q for your info.
[Reply]
baoleh dapatkan di http://www.pkb.net.my/arrahn/rangkaian.html atau melalui saya jika stock ada
[Reply]
cuba cari kt sini https://www.nubex.com.my/
tp mmg susah nk dptkan dinar KGT ni..stok cepat sgt habis…
[Reply]
bagaimana menjadi wakalah dinar kelantan
[Reply]