Kenapa Emas Tinggi Nilainya Pada Pandangan Manusia

Salam sahabat emas..Hari ini 3 Januari 2010….10 tahun lagi kita bakal menyambut Wawasan 2020.Adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi tahun 2010 ? Jika belum membuat persedian untuk menghadapi tahun 2010 , mulakan dari sekarang kerana anda hanya mempunyai masa 10 tahun sahaja lagi.Kalau kewangan anda belum kukuh lagi , jana dan kunci kekayaan dalam bentuk emas.

Artikel ini memang sesuai di buat kajian dan renungan.Banyak dalil-dalil dalam Islam menyatakan kehebatan emas , tapi masih ramai yang belum mempercayai kehebatan emas ? Mengapa ? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kenapa emas ditinggikan darjatnya oleh Allah Taala?

Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;
Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah- buahan yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi.

Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.

Di riwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari- lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama- sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.

Apabila Nabi Adam dan siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk- makhluk lain di syurga berasa tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang maha mengetahui hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain-lain.

“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas
Dengan jawapan daripada emas tersebut Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak- anak cucu Adam.- Kredit : emasdulukiniselamanya

5 Responses so far.

  1. Salam…tidak rugi jika sekiranya kita berdamping dengan emas, kerana emas tinggi darjat di sisi ALLAH s.w.t

    [Reply]

  2. syamie says:

    salam..ish,ni riwayat Isra’iiliyat..b’hati2 dlm menyebarkan sesuatu..karut

    [Reply]

    emas kini Reply:

    betul ke…nanti sy tanya orang yang pakar@ustaz k

    [Reply]

  3. syamie says:

    salam,mcm mane emas kini?dh tanyye pakar2 ke?bahaya ni..tkt rosak aqidah..just ingat mengingat..

    [Reply]

  4. bard says:

    Salam sejahtera,

    Dari segi logik akal yg Allah Ta’ala kurniakan serta firmanNya yang Maha Benar, tiada dinyatakan hal-hal sebegini tentang turunnya Adam dan Hawa dari syurga atas sebab sebegitu. Maha Suci Allah daripada lalai terhadap makhlukNya dan Allah Ta’ala itu mempunyai Hikmah mengapa diturunkan Adam Dan Hawa dari ‘Syurga’ yang dimaksudkan itu.

    Syurga yang sebenar (Asli) tidak mempunyai sebarang ‘Larangan atau tegahan’ dalam ertikata lain ‘Hukum atau Undang-undang peraturan yang melarang hambaNya menikmati apa yg terdapat didalamnya’.

    Ini hanyalah ‘Syurga TESTING’ bagi menunjukkan kebijaksanaan serta kebenaran ‘KATA-KATA KEBESARANNYA’ bahawa makhluk yg bernama manusia itu sentiasa akan melanggari perintah/suruhanNya jika ia lalai/lupa. Ini juga menunjukkan tabiat/sikap manusia pada asalnya jika tidak berlindung dari Allah Ta’ala pasti akan melakukan sesuatu yang dilarang.

    Amatlah merbahaya jika menyebarkan sesuatu yg mengecilkan KEKUASAAN dan KEHEBATAN Allah Ta’ala dalam hal sebegini.

    Cukuplah menjadi satu peringatan kepada umat manusia bahawa emas atau perak, malah harta benda yang kita miliki merupakan ujian dan permainan yang melalaikan jika kita tidak menggunakan kejalan yang sepatutnya.

    Bersyukurlah pada apa yang ada kerana dengan wang kertas yg telah digunakan semenjak dari dahulu sehingga kini telah membesarkan kita sampai sekarang dan yg akan datang.

    Dengan kesedaran manusia sejagat tentang kepentingan saling bantu-membantu maka makin ramai nyawa rakyat dinegara yang lain telah dapat diselamatkan melalui sumbangan makanan hasil dari ‘wang kertas’ yang berada didalam poket anda dan kita semua ini.

    Akhirkata, semoga kita mendapat rahmat dan ilham yang baik bagi memperelok dan memperbaiki mana yang kurang serta dapat melahirkan generasi yang beriman dan beramal soleh.

    p/s Maaf jika terguris rasa, memendam jiwa.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *