Mitos @ Realiti Mengenai Harga Silver !
Setelah sekian lama emas mendapat perhatian lebih seperti “anak tunggal” , kini silver/perak pula mendapat perhatian tersebut.Mengapa tidaknya , potensi kenaikan harga silver/perak mengatasi kenaikan harga emas sejak kebelakangan ini.Saya pernah ditanya oleh salah seorang “pengkaji silver” :
Kita sering mendengar perkataan lombong emas tapi tidak pernah mendengar perkataan lombong perak/silver . Adakah silver juga mempunyai lombong sendiri ? Jawapannya TIDAK , silver boleh didapati dari serpihan lombong emas/perak sahaja.Ini bermakna secara logiknya dalam dunia ini , emas lebih banyak berbanding perak/silver.Jika sesuatu barang terhad/berkurangan tetapi permintaan semakin tinggi , maknanya nilainya semakin meningkat ! Renung-renung bersama……..
Untuk menguatkan lagi fakta , pelaburan silver lebih menguntungkan berbanding emas sejak kebelakangan ini , saya sertakan graf kenaikan harga silver dunia :
Baiklah , mungkin ada yang kurang jelas peningkatan harga silver berpandukan pada graf diatas.Dibawah saya akan tunjukkan gambar harga silver keluaran syarikat Public Silver.Sebelum itu saya terangkan serba sedikit mengenai Public Silver bagi mereka yang belum pernah mengenali Public Silver.Public Silver adalah salah satu anak syarikat Public Fine Gold International Sdn.Bhd yang berpengkalan di Pulau Pinang.Public Silver mengeluarkan jongkong perak dalam bentuk jongkong perak seberat 250g , 500g dan 1kg yang berketulenan 999 dan mempunyai sijil ketulenan daripada Assayer yang bertauliah iaitu Penang Assay Office Sdn Bhd. Ini bagi menjamin mutu jongkong perak keluaran Public Silver adalah setaraf dengan jongkong perak lain di peringkat antarabangsa.
p/s : Sejarah lengkap mengenai harga goldbar , dinar dan silver keluaran Public Gold boleh dilihat di link ini .
Bila Public Silver nak keluarkan dirham perak pula… seperti dinar emas yang dikeluarkan oleh Public Dinar…pendapat saya silver dalam bentuk syiling dirham lebih mudah dimiliki oleh semua golongan berikutan harganya yang mampu milik.
Perlukah syarikat pengeluar mendapatkan pengiktirafan daripada mana2 badan pengiktiraf matawang atau syiling dinar dan dirham yang bersandarkan kpd. emas dan perak. Kerajaan Perak dan Kelantan sudah mengeluarkan dirham perak. PG bila lg… :) -ingin tahu-
[Reply]