Pelaburan Emas Fizikal Bukan Seperti Main Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat emas.Masih ramai yang keliru mengenai pelaburan emas fizikal sehingga ada yang beranggapan pelaburan emas fizikal seperti main saham (yang ada kat BSKL tu).Memang konsepnya sama iaitu ada jual beli tapi tempoh masa jual beli berlainan sama sekali ( kecuali gold passbook di Public Bank dan Maybank ) .

Sebagai contoh , sahabat beli emas fizikal hari ini dan esok jual pada syarikat/pembekal.Tindakan ini memang merugikan walaupun keesokkan harinya harga emas naik.Ini kerana pelaburan emas fizikal lebih sesuai di kategorikan sebagai simpanan untuk jangka masa panjang / sederhana.Untuk lebih faham , saya akan berikan contoh yang amat simple :

Harga Emas Hari Ini :

Wel Sell ( Syarikat Jual ) : RM2600.00
We Buy ( Syarikat Beli Balik ) : RM2400.00

Harga Emas Esok :

We Sell ( Syarikat Jual ) : RM2700.00
We Buy ( Syarikat Beli Balik ) : RM2500.00

Berpandukan pada contoh diatas , ada kenaikan harga emas pada keesokkan harinya.Tapi harga syarikat beli balik ( We Buy ) belum lagi mengatasi harga anda beli iaitu RM2600.00.So jika sahabat jual , sahabat akan kerugian RM100.00.Pastikan semasa sahabat menjual , harga syarikat beli balik mengatasi harga syarikat jual pada kita.

6 Responses so far.

  1. Fadil says:

    Assalamualaikum Wbth,

    Setuju dengan pendapat anda pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang & bukannya seperti saham atau forex.
    Seeloknya untuk fizikal emas adalah elok dijual balik kepada individu yg berminat membeli emas fizikal & bukannya drp syarikat.

    [Reply]

  2. Daneal says:

    Salam Semua Teman2 Emas,Mari kta belajar pada orang tua2 dula dan ambil pandangan mereka menyimpan emas,jangan cepat nak kaya.Kenikmatan dan kebagian kita di bumi Malaysia ini adalah hasil dari penat lelah mereka.Kita hanya kecapi dengan senang aja.Biar sekarang kita susah dan akhirnya insyaalah dapatlah habuannya.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    tu ler pasal…ramai orang kita buat biz nak kaya cepat…mengikut sifu saya yang sudah bergiat dalam emas lebih kurang 20 tahun…kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membina tapak perniagaan (kalau dalam masa 2 tahun kita mampu bertahan InsyaAllah kita akan berjaya dalam biz yang diceburi )

    [Reply]

  3. sam says:

    betul tu en. Fadil sy sokong.. jual pd individu perseorangan yg nak beli emas shj.. bukan pd individu drpd syarikat, coz gerenti dia org amik harga murah..

    [Reply]

  4. dinsblog says:

    saham pun ade yg jangka panjang dan ade yg jangka pendek..bergntung kepada matlamat masing2…sebenarnya kedua-dua pelaburan saham dan emas ade kelebihan tersendiri.

    [Reply]

  5. suria says:

    betul,orang sekarang nak kaya cepat..sebelum jual kena check harga dulu..kalau susah sangat beli aje emas 999.9 simpan..bila tak ade duit boleh jual gak,harga pun mahal,tak ade risiko.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *