Pelaburan Emas Tingkat Pelanggan Citibank
CITIBANK Citibank Bhd (Citibank) menyasarkan pertumbuhan dua digit dari segi bilangan pelanggan bagi perniagaan pengurusan kekayaan bank itu.Ketua Perbankan Runcit Citibank, Paul Hodes berkata, bank berkenaan mempunyai 30,000 pelanggan Citigold dan menjangkakan angka itu meningkat berikutan pengenalan pertama Produk Pelbagai Mata Wang Emas. “Kami dapati pelaburan emas penting bagi pelanggan dan melihat perniagaan Citigold berkembang dengan baik di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, produk itu menawarkan peluang kepada pelanggan sama ada untuk melabur secara langsung ke dalam emas atau menggandingkan mata wang dengan emas untuk mendapat faedah.
“Kami percaya emas adalah pilihan berdaya maju kerana ia berada dalam kelas aset yang sering digunakan sebagai pelindung inflasi dan sumber perlindungan selamat dalam masa ekonomi tak menentu.
“Malah produk Pelbagai Mata Wang Emas yang pertama itu membolehkan pelabur membuka akaun emas, membenarkan mereka untuk melabur terus dalam emas tanpa sebenarnya memiliki produk itu secara fizikal,” katanya.
Menurut Hodes, pelanggan mempunyai pilihan untuk menggandingkan pelaburan emas masing-masing dalam dolar AS, dolar Australia atau Euro dan sedang mengkaji untuk berkembang ke dalam mata wang lain di masa hadapan.
Dengan pelaburan minimum RM16,000 atau setara dengannya, Citibank dijangka menarik pelabur yang mahu melabur dalam emas sebagai tambahan nilai modal.- Harian Metro.Maklumat lanjut mengenai Citibank Gold Account , sila layari website rasmi Citibank.
agaknya yang ni la kot, yang ada org cakap, bank telefon pasal pelaburan emas
[Reply]
Sabri Reply:
July 25th, 2010 at 11:54 pm
yea kot
[Reply]
ni macam maybank/ public bank gold passbook ke? halal?
[Reply]
Sekiranya akaun pelaburan emas itu ada backing emas fizikal dan anda boleh keluarkan emas pada bila – bila masa , maka ianya dibolehkan . Sekiranya hanya sekadar nombor dlm akaun tapi tak boleh tebus emas seperti ETF , lain – lain gold account ini yang tak boleh . Baca syarat dulu .
[Reply]