PENGIRAAN KOMISYEN DAn CARA TERIMA BAYARAN DARI PUBLIC GOLD sebagai dealer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti kita sedia maklum , PG baik hati offer kepada penyimpan emas yang buat belian tertentu layak sebagai dealer atau di panggil Public Gold Busines Owner ( PGBO ).Tiada yuran keahlian atau yuran tahunan.Semuanya PERCUMA.Hanya bayar nilai emas yang kita beli sahaja.

Bagaimana pembelian dan pembayaran komisyen kepada dealer Public Gold?

Bila order emas / perak dealer akan beli dan bayar harga full terlebih dahulu , seperti yang tertera di website. Tidak ada diskaun harga untuk dealer pada waktu belian.Pada hujung bulan, Public Gold akan buat pengiraan komisyen untuk:

  1. Pembelian diri sendiri.
  2. Pembelian customer kita.

Semua (1+2) tu akan dijumlahkan dan dibayar pada 20hb bulan berikutnya.Sebagai contoh jumlah belian Januari akan di bayar pada 20 Februari.Jumlah belian Februari akan di bayar pada 20 Mac.Begitulah seterusnya.

Normal Dealer : Jumlah 1+2 X 1%
Priority Dealer : Jumlah 1+2 X 1.5%
Master Dealer : Jumlah 1+2 X 2%

Jika jumlah komisyen dibawah rm100, ia akan dibayar dalam bentuk c-wallet (cash wallet) dalam akaun PGMall. Kita boleh guna untuk shopping.

Jika komisyen RM100 keatas, nanti Public Gold akan bank in dalam bentuk cash ke bank account pada 20 hb.So, itulah cara pengiraan dan pembayaran komisyen dealer Public Gold.

Komisen Public Gold

Semua transaksi dan detil belian diri sendiri dan customer boleh di lihat secara online dalam menu Busines Center.

Ps: Bagi dealer yang komisyen mereka sudah mula melebihi RM100 secara overriding, anda perlu pastikan status anda aktif supaya komisyen melebihi RM100 itu dibayar dalam bentuk RM ke dalam akaun bank anda. Jika tidak, komisyen dibayar juga 100%, dalam bentuk c-wallet.

Maksud aktif:

  1. Mempunyai transaksi belian emas peribadi sekurang-kurangnya RM100 GAP.
  2. Atau ada rekrut customer pada bulan tersebut.

Saya percaya, apabila anda dah sampai level RM100 overriding sebulan, biasanya anda adalah dealer PG yang aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *