Public Gold Sebagai Platform Pelaburan Emas & Perak Terbaik
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kisah benar dari seorang Master Dealer Public Gold yang masih setia bersama Public Gold.Kisah ini dituju kepada mereka yang berminat untuk membacanya …… jika ia berguna untuk anda , jadikan ia sebagai pembakar semangat dan kongsi dengan sahabat anda,Jika sebaliknya biarkan ia jadi memori bagi anda…………..
Bagaimana saya boleh terjebak dengan emas dan perak ?
Alasan 1 – Seorang yang suka buat bisness ( cari duit lebih ) , kebiasaanya saya akan mencari bisness yang modal kecil tetapi pulangan lumayan . Namun kesemua bisnes yang saya jalankan hanya bertahan seketika sahaja.Kegagalan ini disebabkan diri sendiri + produk dan sistem yang diguna pakai.
Alasan 2 – Sukar untuk menyimpan duit kertas dan boros.Kelemahan ini wajib diatasi setiap orang , lebih-lebih lagi zaman sekarang dan mendatang yang penuh dengan cabaran.Sedarkah kita , setiap hari tanggungjawab kita semakin bertambah dan mencabar.Jika tidak merancang sekarang kita akan menghadapi kesukaran pada masa akan datang.Menyimpan duit kertas agak sukar bagi diri saya kerana pada saya duit kertas “berhantu”( ada sajer benda yang ingin dibeli ) . Bagi mengatasi masalah ini saya menemui jalan terbaik adalah melalui simpanan dalam bentuk aset ( aset yang paling mudah untuk disimpan adalah EMAS & PERAK ).
Alasan 3 – Saya masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak dahulu . Ketika pakai kasut untuk ke sekolah , ibu menghulurkan 50 sen sebagai “duit beli nasi lemas @ apa-apa makanan sebagai pengalas perut” TAPI sekarang 50 sen tidak lagi jadi bekalan kanak-kanak zaman sekarang.Mengapa sekarang situasi seperti ini berlaku sedangkan nasi lemas tetap nasi lemak ? Jawapannya kerana duit kertas mengalami susut nilai , nilainya duit kertas semakin hari semakin susut.
Dipendekkan cerita hasil pencarian di internet saya menemui kaedah terbaik untuk mengatasi 3 alasan diatas adalah melalui EMAS.Setelah membuat sedikit kajian saya menemui syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd ( PG ) sebagai platfrom untuk saya memulakan langkah memiliki emas disamping dapat potongan ( komisen ) . Syarikat Public Gold ditubuhkan pada pertengahan 2008 , saya menemui Public Gold pada pertengahan 2009 . Syarikat Public Gold merupakan syarikat pengeluar emas pertama di Malaysia yang mengeluarkan emas dalam bentuk goldbar,syiling dan dinar yang mempunyai sijil ketulenan yang disah badan bertauliah.Pada waktu itu syarat untuk menjadi pengedar / dealer mesti membeli product 1 set ( 20gram , 50gram , 100gram , 1 dinar , 5 dinar dan 10 dinar ) . Tanpa berfikir panjang saya terus membeli emas sebagai simpanan ( dapat emas fizikal ) + komisen ( bonus bisness sampingan ) .
Akhirnya saya memiliki emas fizikal sebagai produk simpanan untuk diri sendiri + produk untuk diniagakan.Selepas itu saya mula bercerita mengenai emas dengan rakan-rakan melalui kaedah mulut ke mulut dan blog.Dalam tempoh tidak sampai 2 bulan usaha saya berbaloi apabila dinaikkan pangkat sebagai Master Dealer Public Gold.
Kini sudah hampir 3 tahun saya bersama Public Gold , dalam tempoh tersebut banyak dugaan yang wajib diharungi.Itulah lumrah yang wajib ditempuhi oleh setiap usahawan.So kalau tidak ingin melalui proses sebagai usahawan emas , anda boleh jadi seorang penyimpan/pelabur emas sahaja :) .
Baiklah , bagi saya product emas keluaran PG boleh dijadikan sebagai SIMPANAN + PELABURAN + PERNIAGAAN . Fakta tersebut saya nyatakan melalui pengalaman saya sendiri.Bermula sebagai penyimpan , akhirnya bergelar sebagai PENYIMPAN + PELABUR + PENIAGA emas.
Baru-baru ini saya ada membaca satu review mengenai ketidakpuasaan hati seorang sahabat mengenai Public Gold.Apa yang beliau tidak puas hati mengenai :
Luahan 1 : Business model jangka panjang yang menguntungkan syarikat, tetapi tidak bagi agent/dealer.
Jawapan : Kita harus sedar , kita hanya seorang pengedar yang dilantik dengan kerelaan hati sendiri mengikut syarat-syarat yang ditetap oleh syarikat.Berapakah modal yang dikeluarkan oleh syarikat bagi setup / promosi syarikat berbanding kita.Dalam perniagaan “penjenamaan” amat penting.Jika jenama product yang kita niagakan mempunyai “nama power” dimata pelanggan , maka lebih mudah / lebih luas peluang kita sebagai seorang pengedar untuk memasarkan produk.So dimana ruginya….
Luahan 2 : Komisen yang sangat sedikit, iaitu 2%.
Jawapan : Saya tidak nafikan 2% memang sedikit jika dibanding keuntungan perniagaan lain tapi ini adalah perniagaan EMAS yang mana harganya sentiasa berubah dan melibatkan kos yang tinggi. Selain dari itu Public Gold adalah sebuah syarikat pelaburan emas fizikal yang menguntungkan semua pihak ( syarikat + pengedar + pelanggan/pelabur ).
Luahan 3 : Tak boleh promote produk syarikat lain.
Jawapan : Mengikut pengetahuan saya , PG tidak menghalang pengedarnya mempromosi produk syarikat lain asalkan mengikut saluran yang betul.Sebagai contoh “Seminar Pelaburan Emas Fizikal Public Gold” tetapi isi kandungannya lain.
Luahan – Sistem pengurusan komisen yang tidak telus.
Jawapan : Sepanjang penglibatan saya bersama PG , tidak pernah komisen tidak dibayar @ tidak cukup.Pernah 1 kes , PG pulangkan kembali RM1 kepada saya walaupun saya sendiri tidak sedar yang mana saya terlebih bayar.PG sebuah syarikat yang akan di audit setiap tahun , so perjalanan akaun amat penting.
Cukuplah sekadar disini coretan saya pada kali ini.Luahan ini hanya pendapat peribadi saya , jika luahan ini menyinggung perasaan anda , saya pohon kemaafaan.Apa yang baik datang dari Allah Taala dan apa yang tidak baik datang dari kelemahan saya sendiri.
Sekain Terima Kasih,
Sabri Ahmad
MD Emaskini Trading
MD Public Gold
Thanks Tuan Sabri.. Artikel yang sangat menarik.. Bagi saya PG sebuah bisnes yang mempunyai stretegi jangka panjang yang sangat baik..
Thanks
[Reply]
Saya setuju benar dgn artikel tuan. PG adalah platform terbaik utk pelaburan emas dan perak di Malaysia. Jika kita rasa boleh membangunkan platform yg lebih baik teruskan. Dalam perniagaan bersainglah secara sihat.
[Reply]
[…] Jawapan : Kebanyakkan kedai emas tidak papar harga belian balik ( kebiasaanya susut nilai antara 20% – 30 % ) dan harga jarang dikemaskini.Ini kerana emas bukan barang kawalan.Nasihat saya sebelum menceburkan diri dalam pelaburan emas @ membeli emas , dapatkan info/ilmu yang tepat terlebih dahulu.Setakat hari ini , platform terbaik bagi pelaburan emas fizikal adalah bersama Public Gold. […]