Sedia Hadapi Ekonomi Tidak Menentu

BAJET 2011, yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober ini perlu mengambil kira elemen yang dapat menangani kemungkinan pertumbuhan perlahan ekonomi dunia tahun depan.
Ketua Eksekutif Institut Strategik Pengajian Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin berkata, bajet tahun depan penting kerana ekonomi dunia dijangka berdepan keadaan lebih sukar.

“Kerajaan perlu bersedia menghadapi keadaan ekonomi dunia sebegitu,” katanya kepada pemberita di luar Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur, semalam.

Mahani mengulas mengenai prospek pertumbuhan negara tahun depan.
Sebelum itu, beliau mengendalikan sesi dialog mengenai daya saing, inovasi dan prospek masa depan ekonomi Malaysia.

Selain itu, katanya kerajaan boleh belajar daripada pengalaman sebelum ini iaitu menyediakan bajet tambahan dalam menangani keadaan semasa sekiranya ekonomi negara berdepan dengan kejutan luar yang boleh menggugat ekonomi negara.

Pada Mac lalu, kerajaan sudah membentangkan bajet mini sebanyak RM60 bilion bagi memacu ekonomi negara yang pada ketika itu terjejas akibat krisis kewangan dunia. – Bernama

p/s : Pada pendapat anda , adakah simpanan emas menyelamatkan kita dari krisis ekonomi ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *