Simpan Emas , Penyelesaian Miskin Selepas Pencen !
Kerajaan telah menetapkan umur persaraan kakitangan kerajaan adalah pada 54 atau 58 tahun. Bagi sesetangah pekerja wanita, diusia sebegini memang mereka mengalu-alukan persaraan ini, malah ada yang membuat keputusan bersara lebih awal daripada itu. Namun bagi sesetengah pekerja lelaki, diusia begini mereka sebenarnya masih mempunyai kudrat yang kuat lagi untuk meneruskan kerja. Namun begitu persaraan harus dititikberatkan dan diterima dengan hati yang terbuka.
Ramai diantara mereka yang telah pencen, sewaktu bekerja mereka hidup dengan selesa. Namun selepas pencen saja, kedudukan kewangan jatuh teruk. Di mana silapnya? Tempoh hayat seseorang selepas pencen ada lagi berbaki selama 2o tahun (berdasarkan purata jangka hayat orang2 Malaysia). Adakah simpanan KWSP mahupun duit pencen yang anda terima mampu menampung kehidupan anda selama 20 tahun itu? Jawapannya TIDAK.
Oleh itu, kesedaran awal dikalangan kakitangan kerajaan, terutamanya bagi mereka yang masih bujang dan mereka yang baru bekeluarga. Perancangan kewangan amat penting. Pakar mengatakan, untuk hidup selesa selepas pencen, anda memerlukan simpanan sebanyak RM500,000.00. Cuba conggak simpanan anda, adakah anda telah menyimpan separuh daripada jumlah ini? Dan anda kena peka dengan kadar inflasi buat masa ini. Contohnya saat ini inflasi di negara kita adalah sekitar 8%. Jika mengikut peraturan 72 oleh pakar-pakar ekonomi, jika dibahagikan jumlah ini, ia bermakna untuk 9 tahun akan datang, nilai RM500,000.00 ini akan mempunyai kuasa belian hanya sebanyak RM250,000.00 sahaja! Ini bermakna anda kena mengandakan lagi jumlah wang simpanan anda!
Kesilapan banyak pekerja kakitangan kerajaan adalah, khususnya yang bujang, mereka gemar membuat pinjaman peribadi yang bukan benar-benar dibutuhkan. Ada yang meminjam untuk dijadikan deposit kereta, kahwin, sekadar suka-suka dan sekadar ingin bergaya! Sudahnya saat slip gaji sampai ditangan dan melihat potongan pinjaman tersebut, barulah mereka terasa sesakknya. Duit yang dipinjam lebih senang dilaburkan untuk hiburan berbanding untuk melabur ataupun digunakan sebagai modal perniagaan.
Sebetulnya untuk anda memulakan perancangan kewangan, pada awalnya amatlah sakit. Tapi saat anda melihat usaha anda berhasil, percayalah perkara ini akan menjadi kebiasaan. Ada yang malu untuk sentiasa mengemaskini kewangan mereka. Takut dilabel sengkek, kedekut dan sebagainya. Sedangkan perkara ini adalah melibatkan keseluruhan hidup anda. Andalah yang berhak tentukan keselesaan ini agar tidak menyusahkan orang lain.- http://aidacutes.com
Masalah miskin selepas pencen dapat diatasi dengan menyimpan emas.Ini kerana , harga emas semakin meningkat dan tidak di “makan” inflasi.
[…] kita tidak mampu lagi bekerja yakni masa tua.Jika sahabat membaca artikel saya sebelum ini iaitu simpan emas penyelesaian miskin selepas pencen tentu sedikit takut atau gerun.Memang patut kita takut/gerun jika kita tidak mempunyai aset.Bagi […]