Tak Tahu Simpan Emas Untung Kat Mana , Ini 6 Untung Simpan Emas
Ini soalan biasa bagi yang tak biasa simpan emas dan yang baru nak mula.Mungkin ada juga yang dah pun simpan emas tapi masih tidak jelas mengapa dia menyimpan emas.
Yang ramai nak tahu hanyalah untung.Untung.. untung.. untung…. Rugi takde ke??? Dek kerana terkejarkan untunglah maka senang nak masuk perangkap skim cepat kaya.
Panduan berikut mungkin boleh dijadikan pertambahan ilmu.Untung bukan sekadar berbentuk wang ringgit sahaja.Kita harus melihat keseluruhan.
- Untung bila ada kenaikan harga emas.
Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. 18 tahun yang lepas, harga segram emas hanyalah RM30. Sekarang ini pula, harga emas ialah sekitar ke RM260 segram. - Untung pertambahan gram emas bila harga menurun.
Emas kan harta. Bila harga turun, kita boleh beli lebih banyak gram dengan harga yang lebih murah. Pemurataan kos pun boleh berlaku. - Untung bila duit tidak habis.
Emas bila dibeli, kita hanya menukarkan duit kita menjadi emas. Kita bukan beli barang habis pakai buang. Emas kekal di tangan kita dan tiada tarikh luput..emas bukan liabiliti. - Untung bila naluri berbelanja dapat dirawat.
Bila kita simpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai ubat, simpanlah emas. InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen dari pendapatan kita. - Untung bila terdesak, emas boleh bertukar menjadi duit kecemasan.
Hanya emas yang senang beli, mudah urus, boleh digadaikan dan memiliki tahap kecairan paling tinggi. - Untung dari sudut ketahanan terhadap inflasi.
Harga emas turun naik secara jangka pendek. Bila harga naik, ia mungkin turun sedikit. Selepas itu ia akan naik semula secara signifikan. Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali.