Takut Nak Simpan Emas !

Salam sahabat emas…Ramai dikalangan pembeli emas  menyuarakan pendapat/luahan , “takut nak simpan emas”.Lebih-lebih lagi mereka yang pernah mengalami peristiwa di rompak atau pun rumah di masuki pencuri.Sebenarnya risiko kecurian ada dimana-mana dan tidak melibatkan emas sahaja.

safe-deposit-box

Terdapat 2 kaedah menyimpan emas :

Simpan Sendiri – Kaedah ini boleh digunakan jika kuantiti emas yang kecil.Anda boleh simpan dirumah tetapi di mana dan cara bagaimana anda tentukan sendiri.Nasihat saya jangan simpan semua emas  dalam satu bungkusan/lokasi , asingkan emas dengan sijil pengesahan.Ada segelintir pelanggan saya mencadangkan simpan dalam tanah.

Simpan di Safe Deposit Box – Kaedah ini boleh digunakan jika mempunyai kuantiti emas yang banyak.Apa yang perlu anda lakukan hanya membayar kos sewa setiap tahun.Banyak bank/syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.Safe Deposit Box bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan emas , malah boleh menyimpan lain-lain dokumen yang penting.Antara bank yang menyediakan perkhidmatan Safe Deposit Box Maybank , EON Bank , Public Bank , CIMB Bank.

p/s : Kalau takut jugak , bagi saya simpan :) .

One Response so far.

  1. putremas says:

    saya menawarkan perkhidmatan simpanan peti besi percuma. boleh rujuk blog atau hubungi saya.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published.