Antara Tiga Darjat
Assalamualaikum dan Salam dari saya kepada semua pengungjung EmasKini.Com.Artikel kali ini bukan dari cetusan idea saya malah seorang peniaga/pelabur emas seperti saya.Memandangkan artikel beliau cukup menarik bagi saya , saya copy untuk tatapan kita semua.
Antara rumah, tanah dan unit amanah, yang mana jadi pilihan utama anda? Bersandarkan pengalaman sendiri, ketiga-tiganya telah dilalui. Pengalaman suka duka dan pahit manis sudah dirasai.
Jika dipuisikan ianya berbunyi begini ‘seronoknya hanya sekejab, resahnya bertahun!….’ Seronoknya hanya diperingkat awal. Kemudian resah mula bertandang di hati dan fikiran. Pelbagai persoalan datang menjenguk dan menagih jawapan pasti.’Berbaloi ke pelaburan yang dibuat?’. ‘Senang ke nak jual rumah dan tanah ni?’. ‘Ada ke orang yang berminat dengan tawaran yang diiklankan?’ Begitulah bentuk rupa soalan-soalan yang sentiasa melintas di fikiran.
Selalunya, sudah menjadi lumrah barangkali, ketika wang tunai diperlukan segera, saat itulah unit amanah menguncup, Nak dijual terasa sayang, nak disimpan terasa rugi berterusan. Aduhai…. nak digadai rumah atau tanah, prosesnya bukan sekejab, makan bulan baru selesai, itupun kalau tak ada masalah berkaitan. Sesekali terasa menyesal seolah-olah otak menyindir hati ‘ tulah….ini semua engkau punya pasal, bila jadi macam ni, aku jugak yang susah, naik serabut jadinya’.Namun hati tak diam membisu lantas membalas tuduhan otak ‘ Engkau tu setakat berserabut je, aku ni yang makan hati sudahnya!’
Itulah dia,bila ‘sindrom cair’ datang menyapa, otak dan hati tidak sehaluan lagi. Malah otak dan hati jadi keras,tiada kesudahan.Ketika itu, menung menjadi teman bicara secara senyap.’Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari…’
Sekarang, jika diajukan soalan yang serupa ‘ Yang mana jadi pilihan diantara 3 itu ?’ Sudah pasti saya bersama-sama otak dan hati menjawab ‘saya pilih yang ke 4…..itulah dia EMAS’. Ia tetap berkilau ketika ‘sindrom cair’ datang melanda. Ia tetap berkilau dalam apa saja suasana dan keadaan. Kilauannya memang menggamit. – Zalidanemas
So , apa pilihan sahabat ? Adakah EMAS !!!! Jika YA , hubungi saya untuk mendapatkan emas atau pun jika berminat untuk bergelar tokei emas / peniaga emas / pelabur emas / agen jual emas boleh hubungi saya secepat mungkin.Untuk makluman , promosi bulan JUN 2010 sahaja : Dengan belian RM20K , sahabat dapat memegang jawatan sebagai pengedar sah Public Gold.