Apakah Maksud Ketulenan (purity) Emas?
Apakah maksud “ketulenan” (purity) emas?
.
Jawapan : Ketulenan emas dikira dari emas yang terkandung di dalam sesuatu item dibahagi dengan berat keseluruhan item tersebut.
.
Contohnya untuk item emas berketulenan .9999 (saya biasanya sebut four nines), kandungan emas di dalamnya adalah sekurang-kurangnya 99.99% dari keseluruhan berat item tersebut.
.
Untuk rekod, terdapat beberapa koin emas terkemuka yang kadangkala menimbulkan kekeliruan terutamanya di kalangan mereka yang baru dalam dunia emas. Koin-koin emas yang dimaksudkan ialah American Eagle yang merupakan koin rasmi kerajaan Amerika Syarikat dan koin emas yang sangat popular iaitu Krugerrand dari Afrika Selatan.
.
Mengapa saya katakan dua koin tersebut sering menimbulkan kekeliruan adalah disebabkan isu ketulenan ini. Ini kerana seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah, koin-koin emas tersebut menyatakan ianya adalah emas 1oz atau 1 troy ounce..
Walau bagaimanapun, berat koin-koin tersebut bukanlah 1 troy ounce atau 31.10 gram seperti mana berat koin-koin popular yang lain seperti Canadian Maple Leaf, Australian Kangaroo, Chinese Panda, Austrian Philharmonic, dan lain-lain. Akan tetapi berat koin American Eagle dan Krugerrand adalah 33.90g disebabkan ianya mengandungi aloi (alloy) lain menyebabkan beratnya melebihi 31.10gram, iaitu 33.90gram atau bersamaan dengan 1.09 troy ounce. Perbezaan berat sebanyak 2.80g inilah kadangkala menimbulkan kekeliruan.
.
Justeru dapatlah kita simpulkan pemahaman terhadap ketulenan emas mampu merungkai kekeliruan ini. Ketulenan kedua-dua koin tersebut dapat dikira seperti ini, 1/1.09 = .917 atau 91.7% emas atau disebut juga sebagai 22k (disebut juga 22k kerana emas tulen .9999 disebut 24k. Justeru 22k/24k menjadikan jawapannya 91.7%).
.
Semoga bermanfaat 🙂Kredit Faizal Nubex.