Harga Emas Turun , Harga Minyak Naik , Harga Gula ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung emaskini.com.Sebelum saya meneruskan coretan saya pada kali ini , izinkan saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.Semoga tahun ini “hidup lebih tenang dengan emas berbanding hidup kurang tenang dengan duit fiat” .
Beberapa hari sebelum ini media masa sibuk memperkatakan kekurangan minyak masa dipasaran.Fenomena ini terjadi disebabkan khabar angin “harga minyak masak akan naik”.Betul atau tidak harga minyak masak akan naik belum pasti lagi namun kerajaan mengatakan “tiada kenaikkan harga minyak masak dalam waktu terdekat”.Tunggu dah lihat sahaja !!!!!!!!!
Baiklah , beberapa jam sebelum ini kita dikejutkan pula dengan kenaikkan harga minyak (RON97) dan minyak tanah naik 10 sen.Berikut berita di petik dari Malaysiakini :
Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Azlan Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.
Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.
Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.
Ketika membaca berita kenaikan harga minyak , saya sedang asyik memerhati pergerakan harga emas.Alhamdulillah pergerakan harga emas malam ini turun dengan kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah , “harga emas turun berbanding sebelum ini” . Itulah adat harga emas dalam tempoh pendek/sederhana.Tapi untuk jangka masa panjang memang naik.
Kesimpulannya , kos hidup kita semakin hari semakin meningkat namun nilai simpanan yang kita ada semakin menurun.So untuk mengatasi masalah ini , kita mesti bijak mengatur strategi / mengurus sistem kewangan kita.Kaedah paling senang adalah menyimpan sebahagian simpanan kita dalam bentuk emas kerana ………..
kerana emas adalah pelaburan terbaik.. emas menyerap inflasi..
[Reply]
emas mempunyai sifat peyimpan dan pengekal nilai yang paling stabil…sejak dari zaman berzaman…
[Reply]
ianya rasanya bersifat sementara kerana pengambilan untung
Berapa harga emas untuk 2011?
[Reply]